Kampung Tupai
Kampung Tupai merupakan sebuah kampung yang terletak di Sik, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara. Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2] SejarahMengikut cerita orang-orang tua, Kampung Tupai mendapat namanya sempena haiwan yang banyak terdapat di kampung berkenaan iaitu Tupai. Di dalam versi lain pula, terdapat kisah bahawasanya kampung ini pada suatu ketika dahulu menjadi tempat persinggahan bagi penduduk dari selatan Thai yang masuk ke Tanah Melayu. Maka seringlah daripada kalangan mereka memanggil kampung ini sebagai kampung "tumpang" atau dalam dialek bahasa Melayu Reman yang berbunyi "tupey". GeografiKampung Tupai mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan sawah padi. Kampung Tupai berjiran dengan Kampung Selamat di sebelah barat, Kampung Kerawai disebelah timur, Kampung Batu Besar di bahagian selatan dan Kampung Teloi Tua di sebelah utara. SosialMajoriti penduduk di kampung ini menggunakan dialek bahasa Melayu Reman sebagai bahasa pertuturan utama. Ini kerana kebanyakan pendududuk awal yang datang membuka kampung ini berasal daripada keturunan melayu selatan Thai. Rata-rata penduduk Kampung Tupai berkerja sebagai petani, peniaga, penoreh getah serta kerja-kerja sampingan lain. Antara Tokoh yang terkenal di kampung ini ialah Allahyarham Tuan Haji Hussain, Allahyarham Haji Jusoh dan Allahyarham Yaakob Ismail. Mereka adalah dikalangan orang-orang yang berperanan penting didalam memajukan kampung ini. Kemudahan asasAntara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah sebuah sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Haji Hussain), Masjid (Masjid Al-Ehsan), Klinik Desa, Padang bolasepak awam dan tidak ketinggalan sebuah Balai raya serta kemudahan awam lain. PendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Tupai, Sik, Kedah adalah 08340.[3]
Rujukan
Pautan luar
Information related to Kampung Tupai |
Portal di Ensiklopedia Dunia