Kampung MerantiKampung Meranti merupakan sebuah kampung bawah jajahan Pasir Mas iaitu di dalam negeri Kelantan Darul Naim. Kampung Meranti adalah kampung yang masyhur dan dikenali oleh seluruh penduduk oleh kerana kedudukannya yang strategik dan mempunyai banyak kemudahan. Walaupun tidak mempunyai banyak pembangunan tetapi Kampung Meranti dikenali dengan tempat rekreasi yang menarik seperti di tapak Pasar Malam Meranti ,tapak pasar pagi Meranti dan juga tapak padi. Kampung Meranti juga mempunyai beberapa pusat pendidikan yang tersedia kepada para penduduk. Kampung Meranti boleh dikatakan sebagai pusat bandar dikawasan tersebut kerana mempunyai banyak kemudahan asas seperti balai Polis, Pasar, pusat pendidikan, dan pelbagai lagi. Jalan Meranti juga menjadi jalan utama kepada para penduduk untuk berhubung dangan Kota Bharu, Pasir Mas dan ke Rantau Panjang. SEJARAH KAMPUNG MERANTIMenurut penduduk kampung : Sebelum kampung Meranti dihuni suatu masa dahulu, kampung Meranti adalah sebuah kawasan hutan tebal yang dipenuhi banyak pokok-pokok besar. Dipercayai, hutan tersebut telah terbakar akibat musim kemarau yang melampau melanda kampung tersebut tanpa disangka hanya sebuah Pokok yang terselamat iaitu Pokok Meranti. Dari situlah nama kampung Meranti diambil. Akibat kesan pembakaran yang terjadi, tanah dikawasan tersebut menjadi subur lalu dijadikan sebagai pusat penanaman padi dan getah. Semkin lama Kampung Meranti semakin dihuni dan semakin maju.
PUSAT UTAMA
PoskodInformation related to Kampung Meranti |
Portal di Ensiklopedia Dunia