Kampung Tengah Betong

Hubungi kami

Anda boleh menghubungi kami dengan melayari portal rasmi kami di pautan

https://jkkkkampungtengahbetong.webador.com/

Profil Ringkas

Pelancaran Biro Wanita Kampung Tengah Betong pada 08 November 2023

Kampung Tengah Betong terletak lebih kurang 245 km dari Bandaraya Kuching. Kampung Tengah Betong adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Betong dalam Bahagian Betong. Dari segi persempadanan politik, Kampung Tengah Betong adalah di bawah Dewan Undangan Negeri N.36 Layar manakala di peringkat parlimen ia di bawah Parlimen P.204 Betong.

Jumlah penduduk di Kampung Tengah Betong adalah berjumlah 362 orang, iaitu 173 orang lelaki dan 189 orang wanita. Kira-kira 80 % penduduk Kampung Tengah Betong adalah terdiri daripada dewasa dan belia yang berumur 15 hingga 59 tahun.( Statistik Tahun 2023 )

Kampung Tengah Betong berada dikedudukan strategik iaitu berada di tengah antara Kampung Masjid Betong dan Kampung Hilir Betong. Jumlah rumah penduduk ialah 85 buah rumah ( Statistik Tahun 2023 ). Kebanyakan rumah di Kampung Tengah adalah jenis persendirian iaitu dibina di atas tanah warisan keluarga. Terdapat juga penduduk asal Kampung Tengah Betong yang tinggal di kawasan perumahan di sekitar Bandar Betong.

Sejarah Ringkas Kampung Tengah Betong

Sejarah Ringkas Kampung Tengah Betong

Kampung Tengah Betong, yang terletak di kawasan Betong, Sarawak, mempunyai sejarah yang kaya dan berakar umbi sejak zaman dahulu kala. Penempatan awal perkampungan Melayu Betong dikatakan berhampiran dengan Rumah Panjang Nanga Padeh, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Betong. Pada masa dahulu, kampung ini hanya dapat diakses melalui jalan sungai.

Penempatan Awal

Penempatan awal Melayu di kawasan ini melibatkan tiga kampung utama:

  1. Kampung Kepayang
  2. Kampung Palei
  3. Kampung Pengeran

Selain itu, Kampung Melayu Ili dan Kampung Melayu Ulu juga dipercayai sebagai penempatan awal masyarakat Melayu di Betong, seiring dengan kewujudan tiga kampung tersebut. Penempatan ini dipercayai telah wujud sejak abad ke-15 dan ke-16.

Tanah Perkuburan Lama

Terdapat tanah perkuburan lama di kawasan berhampiran Rumah Panjang Nanga Padeh, yang menjadi bukti kewujudan perkampungan Melayu awal di Betong. Antara tokoh penting yang dimakamkan di sini adalah:

  1. Syed Ahmad bin Syed Jaafar bin Syed Muhammad bin Syed Yassin:
    • Dimakamkan pada tahun 1695.
    • Menantu kepada Sultan Zainal Abidin I (Terengganu) dan merupakan Gabenor Bukit Puteri.
    • Seorang agamawan yang didatangkan dari Terengganu untuk mengajar masyarakat setempat tentang selok-belok agama.
  2. Abang Abdul Kadir:
    • Anak kepada Datuk Patinggi Udin, Datuk Patinggi Kelima yang memerintah Saribas.
    • Dimakamkan sekitar tahun 1890-an.
    • Merupakan Senior Native Officer dan selepas kematiannya, jawatan ini diwariskan kepada anaknya, Abang Masagus, dan seterusnya kepada Abang Lana dan Abang Indut.

Kubu Lily

Semasa pemerintahan Sir Charles Vyner Brooke, beliau membina Kubu Lily (Fort Lily) pada tahun 1885 untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Sebelum pembinaan Kubu Lily, penduduk Melayu Betong tinggal di kampung-kampung lama seperti Kampung Kepayang, Kampung Palei, Kampung Pengeran, Kampung Melayu Ulu, dan Kampung Melayu Ili. Selepas pembinaan kubu tersebut, Sir Charles Vyner Brooke memohon agar penduduk Melayu Betong berpindah ke kawasan sekitar Kubu Lily untuk membantu mempertahankan kubu tersebut.

Peralihan Pentadbiran

Setelah kematian Abang Indut pada tahun 1930-an, jawatan Senior Native Officer tidak lagi diwariskan secara turun-temurun, tetapi diberikan kepada individu yang berkelayakan mengikut kelulusan.

Kesimpulan

Sejarah Kampung Tengah Betong mencerminkan perjalanan panjang dan kaya dengan warisan budaya serta tradisi. Perkampungan ini bukan sahaja menjadi saksi kepada perubahan pentadbiran dan struktur sosial, tetapi juga melambangkan semangat dan daya tahan masyarakat Melayu Betong dalam mempertahankan warisan dan tanah air mereka.

Sejarah Ringkas Kampung Melayu Ban

Penempatan Nanga Ban yang terletak di kedudukan Jalan Tanjung Assam ( sebelum Jambatan Besi Sungai Ban ) pada awalnya diterokai oleh penduduk Kampung Melayu Betong seawal tahun 60-an. Projek tanaman terawal yang diusahakan pada waktu itu ialah Skim Tanaman Pokok Kelapa yang diselenggara oleh Jabatan Pertanian Betong. Disamping itu juga, terdapat penduduk yang mengusahakan tanaman padi bagi menyara keluarga. Jalan perhubungan utama ke kawasan kebun hanyalah bergantung kepada jalan sungai kerana ketiadaan sistem perhubungan jalan darat.

Berbeza keadaannya pada masa kini di mana kerajaan telah membina jalan taraf kebun sepanjang 3 kilometer pada tahun 2019 yang lalu. Dengan terbinanya infrastruktur ini, maka penduduk tidak menghadapi masalah menggunakan jalan darat ke kebun ban. Pada tanggal 22 Januari 2020, pihak  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah bersetuju meluluskan Projek Tanaman Buah-Buahan (Musang King) di kebun Ban ini.Projek ini diselenggara serta dikawal selia oleh pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ( IADA ) Kalaka Saribas. Seramai 38 orang pekebun terlibat dengan projek ini di mana pihak IADA telah menyediakan bantuan dari segi pembersihan tapak kebun, penyediaan sistem pengairan, penyediaan anak-anak pokok, serta pelbagai bantuan bagi memastikan kelancaran projek ini. Dianggarkan sekitar 45 hektar tanah kebun di Ban telah diusahakan bagi menjayakan projek tersebut. Selain daripada itu, sekitar 37 buah rumah telah dibina atas inisiatif pekebun sendiri bagi menyokong usaha kelancaran projek ini.

Antara projek-projek jalan yang telah dilaksanakan di Kampung Melayu Ban adalah seperti berikut:

Projek Agropertanian

Nama projek : Projek Tanaman Buah-buahan ( Musang King )

Jarak : 45 hektar

Agensi pelaksana : Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kalaka-Saribas

Tarikh mula projek : 2020

Tarikh tamat projek : 2024

Projek Infrastruktur Ladang

Nama projek : Membina jalan kebun sungai ban betong

Jarak : 1.54 km ( jalan berbatu )

Agensi pelaksana : Pejabat Pertanian Bahagian Betong

Kontraktor : Syarikat Paku Maju

Tarikh mula projek : 24 Julai 2019

Tarikh siap projek : 23 Oktober 2019

Projek RTP

Nama projek : Membina jalan bersimen kemudahan para pekebun ( masyarakat melayu ) di sepanjang jalan nanga ban.

Jarak :193 meter ( jalan simen + jambatan I-Beam )

Agensi pelaksana : Jabatan Kerja Raya

Kontraktor : SE Efah Enterprise

Kos : RM 150,000.00

Tarikh mula projek : 02 Disember 2021

Tarikh siap projek : 21 April 2022

Projek Mesra Rakyat

Nama projek : Menaiktaraf jalan kebun komuniti pekebun nanga ban.

Jarak : 240 meter ( jalan simen )

Agensi pelaksana : ICU JPM

Kontraktor : Syarikat Juta Bina

Kos : RM 70,000.00

Tarikh mula projek : 12 Ogos 2022

Tarikh siap projek : 04 November 2022

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES)

Nama projek : Pemasangan Tiang Bekalan Elektrik dan Penyambungan Bekalan Elektrik ke rumah-rumah penduduk di Kampung Melayu Ban

Jarak : keseluruhan penempatan Melayu Ban

Agensi pelaksana : Sarawak Energy Berhad

Kontraktor : Syarikat Tanah Pesat

Kos projek : RM 2 juta

Tarikh mula projek : Februari 2023

Tarikh siap projek : Disember 2023

Perkuburan Melayu Lama di Kampung Kepayang, Padeh

Senarai Ketua Kampung Tengah dan Pengerusi JKP Surau Darul Dakwah

SENARAI KETUA KAMPUNG YANG PERNAH BERKHIDMAT DI KAMPUNG TENGAH BETONG
ABANG AHMAD ( KK Kampung Melayu Betong )
ABANG BOKENG BIN ABANG SERDIN ( KK Kampung Melayu Betong )
ABANG ZAINI BIN ABANG BOKENG ( KK Kampung Melayu Betong )
ABANG KARIM BIN ABANG HASAN ( KK Kampung Melayu Betong )
HJ ABANG HUSSEIN BIN ABANG MAHDI ( KK Pertama Kampung Tengah Betong )
ABANG ISA BIN ABANG SENAWI ( KK Kedua Kampung Tengah Betong )
HJ ABANG ABD MANAF BIN ABANG ZAINI ( KINI ) ( KK Ketiga Kampung Tengah Betong )
KK Haji Abg Abd Manaf bin Abg Zaini
SENARAI PENGERUSI JKP SURAU DARUL DAKWAH KAMPUNG TENGAH BETONG
HAJI ABANG ALWI BIN ABANG OMAR
ABANG KUSHAIRI BIN ABG ABD RAJIT
ABANG SHAFIE BIN ABANG MORNI ( KINI )
Nenda Haji Abg Alwi bin Abg Omar dan Ayahanda Abg Kushairi bin Abg Abd Rajit
SENARAI PEMANCA KAMPUNG MELAYU BETONG
PEMANCA HAJI ABANG NURULALAM BIN ABANG BAKIR
SENARAI PENGHULU YANG PERNAH BERKHIDMAT DI KAMPUNG MELAYU BETONG
PENGHULU ABANG YAMAN
PENGHULU WAN ABDUL RAHMAN
PENGHULU HAJI ABANG ROSLI
PENGHULU HAJI ABANG ZAWAWIE BIN ABG RAJID ( MAC 2004 HINGGA 31 DISEMBER 2020 )
PENGHULU ABANG SUHAILIE BIN ABANG PAY ( KINI )
Ayahanda Haji Abang Zawawie bin Abg Abd Rajit

Infrastruktur

Terdapat 3 infrastruktur yang didirikan di Kampung Tengah Betong iaitu Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong, Tadika KEMAS Kampung Tengah Betong dan Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong. Pihak pengurusan Kampung Tengah Betong amat berharap agar Kampung Tengah Betong dapat didirikan sebuah Rumah JKKK yang akan berperanan sebagai pusat pentadbiran kampung serta pusat pelbagai aktiviti oleh penduduk kampung.

Bagi kemudahan asas yang lain, Kampung Tengah Betong dilengkapi dengan bekalan elektrik, bekalan air bersih serta kemudahan telekomunikasi unifi.

Peristiwa Penting

Kronologi Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

17 APRIL 2021 ( SABTU )

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong yang dipengerusikan oleh Tuan Residen Bahagian Betong, setelah mendapat saranan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tengah Betong. Pelaksanaan PKPD dibuat setelah hasil saringan yang dilaksanakan pada 14 April 2021 yang lalu telah merekodkan 11 kes positif daripada 174 ujian saringan yang telah dijalankan untuk penduduk Kampung Tengah Betong. Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Tengah Betong berkuatkuasa mulai 18 April 2021 hingga 01 Mei 2021 ( 2 minggu ).

18 APRIL 2021 ( AHAD )

Sebanyak 3 Sekatan Jalanraya (SJR) dikuatkuasakan di Kampung Tengah Betong. Semua jalan tikus yang terdapat di Kampung Tengah Betong telah ditutup bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini sepanjang pelaksanaan PKPD. Sekatan jalan raya dijayakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dengan dibantu oleh anggota RELA dan APAM Daerah Betong. Tambahan satu lagi sekatan telah dibuka bertempat di sempadan Kampung Tengah dan Kampung Hilir bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Pihak Petugas Pejabat Kesihatan Bahagian Betong bersama pihak Pejabat Kebajikan Bahagian Betong telah melaksanakan survey dari rumah ke rumah penduduk Kampung Tengah Betong. Tujuan survey dilaksanakan ialah untuk mengenalpasti bilangan sebenar penduduk serta memastikan semua penduduk telah dipasang gelang kuarantin.

Pihak Baitulmal Sarawak melalui Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah memutuskan supaya semua Masjid dan Surau yang terdapat di sekitar Betong dilanjutkan tempoh penutupan sementara mulai 18 April hingga 01 Mei 2021. Ia merangkumi untuk semua aktiviti seperti solat Jumaat, solat fardhu dan solat tarawih.

19 APRIL 2021 ( ISNIN )

Semua penduduk Kampung Tengah Betong menjalani ujian saringan ( Swab Test ) bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Semua penduduk Kampung Tengah telah memberikan kerjasama.

Pihak Pejabat Kebajikan Bahagian Betong telah melaksanakan agihan barangan keperluan kepada 72 Ketua Isi Rumah Kampung Tengah Betong. Bantuan sebanyak 182 pek barangan keperluan terdiri daripada beras, gula, makanan dalam tin, mee bungkus, kopi, milo serta barangan kanak-kanak seperti pampers dan susu tepung. Bantuan diagihkan kepada semua Ketua Isi Rumah termasuk para penyewa yang terdapat di Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah melaksanakan agihan kepada semua Ketua Isi Rumah pada hari yang sama.

Pihak pengurusan SK Abang Abdul Kadir atas nasihat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi pembelajaran secara bersemuka mulai 19 April sehingga 02 Mei 2021 bagi mengurangkan penularan COVID-19 di Kampung Tengah Betong.

20 APRIL 2021 ( SELASA )

Pihak Klinik Kesihatan Mid-Layar telah membuka klinik bergerak bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. Pengoperasian klinik bergerak ini adalah bagi memudahkan penduduk Kampung Tengah Betong mendapatkan bekalan ubat serta pemeriksaan kesihatan.

Pihak JKKK Kampung Tengah Betong telah memohon bantuan daripada pihak Bank Rakyat Betong, Baitulmal Sarawak serta pelbagai NGO yang berkaitan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan Kluster Kampung Tengah Betong setelah merekodkan penambahan 4 kes positif daripada kawasan Kampung Tengah Betong.

Atas inisiatif Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak yang juga merupakan anak jati Kampung Tengah Betong, maka program Infaq Ramadan yang bertujuan untuk mengumpul dana dan infaq bagi pembelian barangan keperluan telah dilancarkan.

21 APRIL 2021 ( RABU )

Hasil ujian saringan yang telah dilaksanakan di Kampung Tengah Betong, telah merekodkan penambahan 3 kes positif. Semua individu yang positif telah di bawa ke Pusat Kuarantin Dewan Sukan TSDA Stephen Kalong Ningkan Betong manakala untuk semua ahli keluarga dan kontek rapat telah dihantar ke Pusat Kuarantin Layar.

23 APRIL 2021 ( JUMAAT )

Team Sedekah Kuching yang turut dianggotai oleh Puan Rosma Binti Mohd Rajuna dan Encik Abang Jamadilhir bin Abang Mostapha yang juga anak jati Kampung Tengah Betong telah membuat agihan daging ayam mentah untuk diedarkan kepada semua Ketua Isi Rumah di Kampung Tengah Betong. Agihan dibantu oleh pihak RELA serta JKKK Kampung Tengah Betong.

Abang Jamadilhir bin Abang Mostapha serta semua adik beradik beliau telah menyumbang sebanyak RM 600.00 kepada JKKK Kampung Tengah Betong. Sumbangan adalah untuk pembelian barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong.

Pihak warga kerja Bank Rakyat Wilayah Sarawak dan Betong turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 800.00 untuk tujuan pembelian barangan keperluan penduduk Kampung Tengah Betong. Pihak JKKK Kampung Tengah Betong selanjutnya telah membuat pembelian barangan keperluan pada hari yang sama.

Pihak Baitulmal Sarawak melalui Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah menyalurkan bantuan berupa 41 pek barangan keperluan untuk diagih-agihkan kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Penghantaran bantuan telah diketuai oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Isselahuddin Bin Kameri, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong serta rombongan. Pek barangan keperluan terdiri daripada beras, gula, makanan dalam tin, mee bungkus, kopi dan Milo.

24 APRIL 2021 ( SABTU )

Pihak JKP Surau Darul Kashfiyah, Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah menyumbang sebanyak 30 pek barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Vincent Baling anak Yabi, Penolong Penguasa Bomba, BBP Betong.

Pihak JKP Masjid Jamek Betong turut menyumbang sebanyak 70 pek barangan keperluan kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Abang Mustapha bin Abang Zain selaku Bendahari JKP Masjid Jamek Betong kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.

25 APRIL 2021 ( AHAD )

Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan telah menyalurkan bantuan barangan keperluan sebanyak 70 pek hasil daripada kutipan program Infaq Ramadhan Kampung Tengah Betong.

Sumbangan berjumlah RM400.00 juga telah diterima daripada Tuan Haji Abang Sipudin bin Abang Zaini, yang bertujuan membantu dana keperluan penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan sendiri oleh beliau kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.

27 APRIL 2021 ( SELASA )

Abang Mohd Azlan bin Abang Aing selaku pengurus Syarikat AZR Enterprise telah menyampaikan cek bernilai RM500.00 kepada pihak JKKK Kampung Tengah Betong bagi tujuan suntikan dana bantuan penduduk Kampung Tengah Betong.

28 APRIL 2021 ( RABU )

Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sarawak (ABIM) telah menyalurkan bantuan sebanyak 40 pek barangan keperluan kepada penduduk Kampung Tengah Betong. Usaha ini telah dijayakan oleh Encik Mohd Suandi bin Hj Mortadza, yang juga merupakan anak jati Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Muhammad Zhariff Azhari, Bendahari Kehormat ABIM Sarawak kepada KK Abang Isa bin Abang Senawi.

Pihak Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung Melayu Betong turut menyampaikan sumbangan berbentuk Kupon Isian Semula Gas Memasak untuk diagih-agihkan kepada semua KIR di Kampung Tengah Betong. Di bawah program tersebut, semua KIR Kampung Tengah diberikan kemudahan percuma untuk sekali isian gas memasak. Syarikat yang dilantik membekalkan tong gas ialah syarikat Betong Gas Sdn Bhd. Simbolik penyerahan kupon telah disempurnakan oleh KK Rokiah binti Mahmud, selaku Pengerusi JK Ketua-ketua Kampung Melayu Betong.

Pihak JKKK Kampung Tengah telah menyalurkan dana tambahan kepada semua KIR Kampung Tengah Betong sebanyak RM50.00 setiap seorang bagi memastikan semua KIR di Kampung Tengah layak menerima bantuan.

Sumbangan daripada Program Infaq Ramadhan telah diteruskan dengan sumbangan seekor ayam kepada setiap KIR Kampung Tengah Betong. Simbolik penerimaan bantuan telah disempurnakan oleh Cikgu Abang Sulaiman bin Abang Zaini, selaku mewakili Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan. Sumbangan terus diagihkan kepada semua KIR pada hari yang sama.

Proses ujian saringan kali kedua telah dilaksanakan terhadap semua penduduk Kampung Tengah Betong. Sebanyak 297 sampel telah diperolehi untuk ujian saringan pada kali ini.

29 APRIL 2021 ( KHAMIS )

Proses agihan sumbangan barangan keperluan daripada ABIM Sarawak, kupon isian semula gas memasak sumbangan JK Ketua-ketua Kampung Melayu Betong dan bantuan tunai daripada JKKK Kampung Tengah Betong telah selesai disampaikan kepada semua KIR di Kampung Tengah Betong.Seramai 71 orang KIR telah mendapat manfaat daripada agihan tersebut.

Syarikat Central Enterprise telah menyumbangkan satu set alat pengimbas suhu( Stand Infrared Thermometer ) dan 5 botol hand sanitizer untuk kegunaan JKKK Kampung Tengah Betong. Sumbangan disampaikan oleh Encik Jack Wong, Pengarah CE & E Enterprise yang mewakili syarikat Central Enterprise.

Syarikat Mohafiza Engineering Sdn Bhd turut bermurah hati menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM 2,130.00 kepada penduduk di Kampung Tengah Betong. Sumbangan sebanyak RM 30.00 setiap KIR bertujuan untuk membantu bayaran bil elektrik penduduk di Kampung Tengah Betong.

Kronologi Pemilihan Ketua Kampung Tengah Betong yang ke-3

Sesi pemilihan Ketua Kampung bagi Kampung Tengah Betong dirancang berikutan kematian penyandang sebelumnya iaitu allahyarham Abang Isa bin Abang Senawi yang telah meninggal dunia pada 05 November 2021 yang lalu.

Sesi pemilihan bertujuan untuk memilih nama 3 orang calon yang akan dikemukakan ke Pejabat Daerah Betong untuk urusan selanjutnya. Sebagai mana yang kita sedia maklum, proses akhir pemilihan Ketua Kampung akan ditentukan oleh Pegawai Daerah Betong atas khidmat nasihat daripada pihak Yang Berhormat setempat.

Proses ini diharap dapat memberi gambaran berhubung calon yang mendapat sokongan daripada penduduk Kampung Tengah Betong bagi memudahkan proses pemilihan oleh pihak Pejabat Daerah Betong dan Yang Berhormat setempat.

Mesyuarat jawatankuasa sesi pemilihan Ketua Kampung Tengah Betong telah diadakan pada 18 November 2021 yang turut dihadiri oleh Penghulu Abang Suhailie bin Abang Pay, KK Kamar bin Lugom, KK Abang Dahlan bin Abang Sulaiman, KK Rokiah binti Mahmud dan KK Segara bin Dukari. Ia juga turut dihadiri oleh semua AJK JKKK Kampung Tengah Betong. Penghulu melalui amanatnya telah menyerahkan mandat kepada penduduk Kampung Tengah Betong bagi memilih 3 orang calon yang dirasakan dapat memikul tanggungjawab sebagai Ketua Kampung.

Hasil daripada keputusan mesyuarat jawatankuasa sesi pemilihan Ketua Kampung Tengah,telah diputuskan beberapa ketetapan seperti di bawah:

-Sesi penamaan calon dilaksanakan bermula pada 18 november 2021. Sepanjang sesi penamaan calon, semua penduduk diberikan peluang untuk mencalonkan nama yang dirasakan layak untuk diangkat sebagai calon kk kampung tengah betong. Senarai calon yang diketengahkan akan di bawa ke proses undian bagi memilih 3 calon yang mendapat undian tertinggi;

-Sesi undian dilaksanakan pada 27 November 2021, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tengah Betong. 3 nama calon yang mendapat undian tertinggi akan dikemukakan ke Pejabat Daerah Betong untuk urusan selanjutnya;

-Semua Ketua Isi Rumah di Kampung Tengah layak mengundi ( 67 orang ).Senarai calon yang telah disenarai pendek adalah seperti berikut:

1. Abang Shafie Bin Abang Morni ( 64 Tahun )

2. Abang Median Bin Abang Mornie ( 67 Tahun )

3. Hj Abang Abdul Manaf Bin Haji Abang Zaini ( 64 Tahun )

4.Hajah Dayang Saenah Binti Haji Abang Mahdi ( 71 Tahun )

5.Hajah Zahora Binti Haji Ali ( 62 Tahun )

6.Haji Mortadza Bin Haji Zen ( 71 Tahun )

7.Abdull Rahman Bin Ismail ( 79 Tahun )

pihak urus setia telah memaklumkan pencalonan ini kepada semua calon-calon yang disenaraikan sama ada secara bersemuka, Whatsapp dan perbualan telefon mulai 18 November 2021. persetujuan daripada calon amat diperlukan bagi memastikan kelancaran sesi undian. Calon juga telah diterangkan bahawa keputusan undian tidak menggambarkan keputusan akhir di mana ia hanya akan ditentukan oleh pihak Pejabat Daerah Betong.

1. HAJAH ZAHORA BINTI HAJI ALI MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN TIDAK MAMPU MEMBERIKAN KOMITMEN SEKIRANYA DILANTIK.

2. HAJAH DAYANG SAENAH BT HAJI ABG

MAHDI MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN TIDAK MAMPU MEMBERIKAN KOMITMEN SEKIRANYA DILANTIK.

3. HAJI MORTADZA BIN HAJI ZEN MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN INGIN MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA KOMITMEN PERIBADI BERSAMA KELUARGA.

4. ABANG MEDIAN BIN ABANG MORNIE MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN TIDAK MAMPU MEMBERIKAN KOMITMEN SEKIRANYA DILANTIK.

5. ABDULL RAHMAN BIN ISMAIL MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN MEMBERI TUMPUAN PENJAGAAN ISTERI YANG UZUR.

6. ABANG SHAFIE BIN ABANG MORNI MENARIK DIRI DARIPADA PENCALONAN ATAS ALASAN INGIN MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA KOMITMEN PERIBADI BERSAMA KELUARGA.

7. HAJI ABANG ABDUL MANAF BIN HAJI ABANG ZAINI MENERIMA PENCALONAN.

Penamaan calon telah dilaksanakan pada 18 November 2021. daripada 7 senarai pencalonan yang dicadangkan, 6 calon telah menarik diri sebagai calon Ketua Kampung. Calon tunggal yang masih tinggal ialah Haji Abang Abdul Manaf bin Haji Abang Zaini. Pihak urus setia setelah mengadakan perbincangan bersama AJK JKKK Kampung Tengah Betong, ayahanda Penghulu serta pandangan daripada beberapa orang tokoh pemimpin tempatan, maka dicadangkan beberapa perkara seperti berikut:

1. Nama calon tunggal ini dikemukakan terus kepada pihak Pejabat Daerah Betong untuk proses selanjutnya.

2. Pihak urus setia menyerahkan urusan pemilihan selanjutnya kepada pihak Pejabat Daerah Betong serta kebijaksanaan YB Dato. Pihak urus setia menerima segala cadangan sama ada kekal bersandar pada calon tunggal atau meletakkan calon lain atas cadangan Penghulu, Pegawai Daerah Betong dan YB Dato.

3. AJK JKKK Kampung Tengah dicadang untuk dibubarkan bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu Kampung Tengah Betong.

4. Sesi pemilihan yang dirancang pada 27 November 2021, adalah dibatalkan.

Orang yang terkenal

Kampung Tengah Betong berjaya melahirkan individu-individu yang berpengaruh dan dikenali di peringkat negeri dan kebangsaan. Senarai penduduk yang berjaya menempa nama adalah seperti ;

YBhg Dato Sri Hadian bin Hashim Pengarah Urusan Icon Offshore Berhad

Encik Nor Azam bin Hj Abg Zawawie Head of Administration Petronas

YBHg Ir.Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Sarawak

YBHg Dyg Rozana binti Abg Hassan Pengarah Jabatan Perangkaan Sarawak

YBHg Abg Ahmad bin Abg Morni Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga & Kelestarian Alam Sekitar Sarawak

Encik Mohammad Suandi bin Hj Mortadza Pensyarah Kanan Institut Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak


Senarai NGO Kampung Tengah Betong

Senarai NGO yang terdapat di Kampung Tengah Betong adalah seperti berikut:

- JKKK Kampung Tengah Betong

-JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong

-PPWS Kampung Tengah Betong

-KRT Kampung Tengah Betong

- Biro Wanita Kampung Tengah Betong

- Ranting PBB Kampung Tengah Betong ( Bapa, Pemuda dan Wanita )

-Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB)

Information related to Kampung Tengah Betong

Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya