Kampung Padang Balang
Kampung Padang Balang ialah kampung Melayu paling tua yang masih wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Kampung ini dikelilingi oleh Jalan Gombak, Jalan Kampung Bandar Dalam, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Sungai Gombak. SejarahKampung ini mendapat namanya dari peneroka pertamanya iaitu Datuk Ampat Balang yang membuka kampung ini sekitar tahun 1830. Datuk Ampat Balang membawa peneroka-peneroka dari Batangkapas, Minangkabau yang melarikan dari dari penjajahan Belanda sewaktu Perang Padri. Mereka mulanya mendarat di Sungai Ujong, Negeri Sembilan sebelum mendapat keizinan dari Penghulu Sungai Ujong untuk membina penempatan di Hulu Kelang. Mereka bergerak melalui Serendah, Banting dan akhirnya tiba di utara Hulu Kelang yang kini dikenali sebagai Gombak. Pembukaan penempatan di Gombak oleh Datuk Ampat Balang menarik lebih ramai lagi suku Batang Kapas berhijrah ke Gombak. Datuk Balang kemudiannya diikuti oleh pemuka-pemuka minangkabau lain iaitu Datuk Sati, Datuk Samang dan Datuk Jahan serta peneroka-peneroka lain dari keturunan suku Batangkapas, suku Kuantan, suku Payakumbuh, orang Melayu serta Biduanda. Pada awalnya Padang Balang terdiri daripada pelbagai penempatan suku Minangkabau di Gombak. Ia turut dikenali oleh orang Minangkabau sebagai Serambut atau Segambut. Walaubagaimanapun, Segambut hari ini tidak mempunyai perkaitan dengan Kampung Padang Balang. Perkampungan Padang Balang pada asalnya turut meliputi kawasan-kawasan yang hari ini dikenali sebagai Kampung Kerdas, Kampung Sungai Mulia, Kampung Changkat, Kampung Lembah Melewar, Taman Melewar, Greenwood, Kampung Chubadak, Kampung Lee Chong Kian, Taman Pelangi, Kampung Batu Muda dan Kampung Bandar Dalam. Walaubagaimana pun, setelah banyak penempatan baru dibuka, kampung-kampung ini telah memisahkan diri kerana untuk memudahkan urusan pentadbiran serta meningkatkan keselamatan, terutamanya sewaktu berlakunya perang Kelang di Zaman Keris dan Pemuras. Kampung-Kampung lama yang masih berada di dalam Kampung Padang Balang pada hari ini adalah Kampung Padang Balang Kampung Padang Balang Hulu Kampung Padang Balang Hilir Kampung Paya Rumput Senarai Ketua Kampung
PendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ialah 51100.[2]
Rujukan
Pautan luarInformation related to Kampung Padang Balang |
Portal di Ensiklopedia Dunia