Kampung Lemanak
Kampung Lemanak merupakan sebuah kampung yang terletak di Sarawak, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Sarawak terletak di barat daya Borneo, bersempadan dengan Sabah di timur laut, dan dengan Kalimantan, Borneo bahagian Indonesia, di selatan, dan negara Brunei di utara. Kampung Lemanak merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan Kampung Hulu, daerah Sri Aman, Sarawakatau lebih dikenali sebagai Simanggang. Majoriti penduduk kampung ini didiami oleh orang Melayu. Ia merupakan antara kampung melayu tertua dan pertama di bandar Sri Aman. Perkampungan dahulunya telah dibuka oleh HAJI ABDUL RAHMAN BIN SYEIKH HAJI MOHD A'SSYIK BIN SYEIKH HAJI AHMAD RAIS BIN SYEIKH HAJI ABDUL RAHIM.(berketurunan Arab Hadramauth) pada sekitar tahun 1800. Hj Abdul Rahman berasal dari sebuah perkampungan iaitu Kampung Dagang, Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. Beliau merupakan seorang kiyai dan Guru Ugama yang dikenali sebagai Hj Abdul Rahman Al-Sambasi. Setelah beberapa ketika menetap di Kampung Lemanak, beliau dikatakan telah kembali berhijrah ke Sambas dan merantau ke beberapa tempat di Sarawak dan Brunei. Seterusnya kampung Lemanak tersebut diwarisi oleh anakanda beliau iaitu Hj Abdul Karim bin Hj Abdul Rahman. Hj Abdul Karim juga banyak jasa dan sumbangan secara tidak langsung dalam konteks membangunkan perkampungan dan masyarakat melayu Kampung Lemanak Sri Aman ini. Kemudahan asasPendidikanTempat beribadat
PoskodPoskod yang digunakan di Kampung Lemanak, Sri Aman, Sarawak adalah 95000.[1] RujukanPautan luarInformation related to Kampung Lemanak |
Portal di Ensiklopedia Dunia