Jalan Negeri Kedah K721
Jalan Negeri Kedah K721 (K721) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Baling, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Baling. Jajaran jalan negeri ini menghubungkan Kampung Pak Kuning di barat dengan Kampung Sayak di timur, dengan panjang keseluruhan iaitu, 5.7 kilometer (3.5 bt).[1][3] Gambaran keseluruhanJajaran laluanKilometer sifar Jalan Negeri K721, terletak di Kampung Pak Kuning (atau Kampung Bukit Pak Kuning), di dalam kawasan pentadbiran Mukim Teloi Kanan, salah satu mukim dalam Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Negeri K156 (Jalan Kuala Ketil–Parit Panjang). K721 akan membengkok ke tenggara sedikit, menelusuri kawasan perhutanan hijau Kampung Pak Kuning dan Kampung Selarong, menuju ke destinasi utamanya jalan negeri ini iaiatu Kampung Paya Besar. Kira-kira dua kilometer dari hujung barat, dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Besar, K721 akan membengkok ke timur laut, lalu membentuk garisan mengufuk sejurus di Kampung Sayak dekat Kilometer 4.6. Jajaran diteruskan hingga di penamatnya, di simpang tiga Jalan Negeri K722 (Jalan Kampung Tembak–Padang Geh), di Kampung Sayak.[3][4] Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K721 sepenuhnya terletak di Mukim Teloi Kanan. Jenis jalan raya yang diguna pakai di sepanjang jajaran K721 adalah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4] PenamaanNama Jalan Negeri K721 yang diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Kampung Pak Kuning/Kampung Paya Besar/Kampung Kuala Samak.[1] Persimpangan utamaKesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.
Lihat jugaRujukan
Information related to Jalan Negeri Kedah K721 |
Portal di Ensiklopedia Dunia