KampungKampung (کامڤوڠ) atau desa (ديسا) menurut takrifan universal, ialah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripada pekan. Pengelasan desaMenurut Rouceck dan Warren, desa boleh dikelaskan berdasarkan berbagai-bagai kriteria:
PenggunaanBruneiDi Brunei, kampung secara rasmi ialah pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan yang terakhir. Kampung merupakan sub-pembahagian mukim, yang mana mukim pula merupakan sub-pembahagian daerah. Komuniti kampung diketuai oleh ketua kampung. Biasanya kampung mempunyai kemudahan komuniti asas seperti sekolah rendah dan agama, masjid, dan balai raya atau dewan kemasyarakatan. MalaysiaDi Malaysia, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang penduduknya kurang daripada 1,000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya. Lihat jugaRujukanInformation related to Kampung |
Portal di Ensiklopedia Dunia