Kampung Kinasaraban
Kampung Kinasaraban merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Belud, dalam Sabah, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Kampung Kinasaraban terletak dalam mukim Kundasang, daerah Ranau, negeri Sabah, Malaysia. Letaknya di kedudukan geografi 6° 20′ 0″ Utara dan 116° 24′ 0″ Timur. Ia terletak 2 km dari Kuarters Utama Taman Negara Kinabalu, 18 km dari bandar Ranau dan 90 km dari bandar raya Kota Kinabalu. Kampung ini terletak di lereng sebuah bukit berhadapan dengan Kampung Himbaan. SejarahTerdapat beberapa pendapat atau andaian bagaimana nama Kinasaraban itu diperoleh. Dia antaranya ialah diambil sempena sejarah sepohon pokok yang terbakar. Kinasaraban bermakna tempat kebakaran. Pada tahun 1920-an sehingga 1950-an, peniaga-peniaga tembakau, sayur-sayuran dan hasil hutan menghantar barang jualan mereka ke Kota Belud dan Tamparuli. Para peniaga berjalan kaki meredah kawasan hutan melalui denai-denai yang dibuat sendiri oleh mereka ini. Di setiap persinggahan, mereka mendirikan pondok kecil untuk dijadikan tempat berehat. Maklumlah perjalanan mereka ke tempat perniagaan ini mengambil masa 3 hingga 4 hari. Salah satu tempat berteduh terletak di lereng sebuah bukit yang tidak berapa tinggi. Pondok usang didirikan di bawah pohon tinggi. Pada suatu hari, sekumpulan peniaga menghidupkan api untuk bergadang. Mereka terlupa memadamkan api ini sebelum meneruskan perjalanan. Api tersebut telah merebak dan membakar pondok serta kayu-kayu di sekitarnya. Mulai saat itu, tempat itu dipanggil kinasaraban yang bermakna tempat kebakaran dan kekal sehingga ke sekarang ini Pendapat kedua ialah berlaku kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanam-tanaman orang-orang kampung. Kawasan kebakaran ini jelas kelihatan dari arah Kg Paka atau Kg Himbaan. Pada waktu itu belum banyak rumah yang didirikan di sini. Belum menjadi sebuah kampung seperti sekarang ini. Rumahnya berjauhan di antara satu sama lain. Kawasan kampung ini agak tidak subur dan hanya pokok renek serta lalang dan rumput sahaja yang tumbuh. Maka apabila musim kemarau, kawasan ini sering terbakar Pendapat ketiga ialah berdasarkan kepada kejadian kebakaran yang berlaku di antara 1941 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Sabah. Terdapat pendapat lain yang agak berbeza mengikut penceritaan orang-orang tua yang terdahulu dan ini menjadi khazanah bernilai yang perlu dikaji oleh generasi muda hari ini. PendudukKinasaraban mempunyai penduduk lebih daripada 400 orang dengan rumah lebih kurang 50 buah. 100% daripada kawasan Kg. Kinasaraban adalah kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. 90% penduduknya ialah orang Dusun, 10% Bangsa-bangsa lain (Cina, Warga Indonesia dan Filipina. 90% penduduknya adalah beragama Islam. 7% Kristian dan 3% Agama-agama lain (Buddha dan animisme) EkonomiPerusahaan utama di kawasan ini ialah penanaman sayur-sayuran, perniagaan dan pemborong hasil tani, perniagaan runcit dan perkhidmatan, sektor pelancongan dan homestay dan kakitangan jabatan kerajaan dan swasta. KemudahanKemudahan yang terdapat di kampung ini adalah seperti berikut:-
PoskodPoskod yang digunakan di Kampung Kinasaraban, Kota Belud, Sabah ialah 89150.[1]
RujukanPautan luarInformation related to Kampung Kinasaraban |
Portal di Ensiklopedia Dunia