Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak terletak kira – kira 7 KM dari bandar Teluk Intan dan lokasinya terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia. Bangunan sekolah tiga tingkat ini mengandungi 24 bilik darjah dan beberapa kemudahan lain dengan kos pembinaan RM30.1 juta mula dibina pada September 2015 dan siap sepenuhnya pada 14 Jun 2017. Majlis Penyerahan bangunan SMK Kampung Bahagia telah disempurnakan pada 23 Oktober 2017. Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Puan Salmah Ahmad yang menerima penyerahan bangunan ini daripada Pengarah Syarikat Sujaman Sdn Bhd, Tuan Khalid Habib. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2018 dengan menempatkan seramai 158 orang murid yang terdiri daripada murid Tingkatan satu dan dua pada awal pembukaanya. Murid-murid diambil daripada sekolah-sekolah berhampiran SMK Kampung Bahagia, iaitu SK Kampung Bahagia, SK Sungai Kerawai dan SK Sungai Tungku. Majlis perasmian Sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 5 Ogos 2019. Kini SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan atau singkatannya ‘KBs’ semakin mengorak langkah untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam segala aspek di dalam daerah Hilir Perak.
VISI DAN MISI
VISI
MISI
KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara
JPN
Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holisttik
Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan
KBs
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PORTAL RASMI SMK KAMPUNG BAHAGIA
Bangunan Sekolah SMK Kampung Bahagia, Teluk Intan Perak.