Kampung Tengkawang
Kampung Tengkawang merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Berang, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur. Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3] SejarahKampung Tengkawang adalah sebuah kampung yang terletak di mukim berasal daripada pokok kayu “Tengkawang”. Ia merupakan satu pokok yang sangat besar pada masa itu. Oleh itu, penduduk setempat bersepakat untuk menamakan kawasan ini sebagai Kampung Tengkawang. Kampung ini terletak di antara Kampung Padang Setar dan Kampung Kepah. Konsep susun atur Kampung Tengkawang adalah secara sejajar dan kampung ini mempunyai tiga kampung rangkaian iaitu Kampung Tengkawang, Kampung Tengkawang Lubuk dan Kampung Bukit Bahagia. Kampung Tengkawang merupakan kampung yang dibuka secara tradisi turun temurun dari nenek moyang. Terdapat sebanyak 201 pintu rumah di dalam Kampung Tengkawang. Kemudahan asasPendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu adalah 21700.[4]
Rujukan
Pautan luar
Information related to Kampung Tengkawang |
Portal di Ensiklopedia Dunia