Kampung People (musim 2)
Musim kedua Kampung People, juga dikenali sebagai Kampung People 2[1] memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 17 September 2020 sehingga 16 Oktober 2020 menggantikan Pink Smile dan digantikan oleh Lelaki Lingkungan Cinta.[2][3][4] PlotRazif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju.Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra. PelakonPelakon utama
Pelakon pembantu
PenerbitanBerita mengenai desas-desus sama ada Kampung People akan disambung terjawab apabila salah seorang pelakon utamanya, Elly Mazlein mengumumkan dalam satu temubual di Kool FM pada 17 Jun 2020 bahawa drama itu akan disambung untuk musim kedua,[5] selepas musim pertama mendapat maklum balas daripada penonton.[6] Riena Diana kemudian memaklumkan bahawa penerbit Kampung People, KL Motion Pictures sedang menunggu permit penggambaran daripada Kerajaan Malaysia untuk membenarkan penggambaran dijalankan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19.[7] Sesi ujibakat juga diadakan bagi mencari pelakon tambahan drama ini. Kampung People 2 mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya termasuk Elly, Riena, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem dengan penambahan pelakon baharu termasuk Adibah Noor.[8] Rujukan
Information related to Kampung People (musim 2) |
Portal di Ensiklopedia Dunia