Kampung Imam Lapar
Kampung Imam Lapar / Tok Imam Lapar merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman, iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.[1] Kemudahan asasPendidikanTempat beribadatSejarahNama kampung ini dikatakan berasal dari kisah kisah dua pedagang, yang menaiki perahu dari muka Kuala Sungai Telemong menyusuri sungai itu untuk mudik ke hulu dengan membawa barangan seperti beras dan ikan masin untuk dijual kepada penduduk kampung di sepanjang tebing sungai itu. Ketika mereka berdua singgah di Pengkalan Rengas Sembilan mereka menaiki tebing untuk mencari makanan kerana lapar. Pedagang itu ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan untuk mencari rumah bagi mendapatkan makanan dan api, tetapi mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran. Mereka menyatakan kepada imam bahawa mereka lapar tetapi tidak disedari imam kerana khusyuk membaca al-Quran ketika itu. Mereka kemudian beredar menaiki perahu menyusuri sungai itu. Akibat terlalu lapar, dua pedagang itu dikatakan singgah pula di jeti yang lain dan ke surau yang terbukti surau sama. Imam itu masih lagi menghafaz al-Quran, lalu mereka terus beredar. Mereka kemudian menceritakan kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.[2] PoskodPoskod yang digunakan di Kampung Imam Lapar, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21210.[3]
Rujukan
Pautan luar
Information related to Kampung Imam Lapar |
Portal di Ensiklopedia Dunia