Stesen Kampung Batu
Stesen Kampung Batu ialah stesen pertukaran antara Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter di Kampung Batu, Kuala Lumpur, Malaysia di mana Laluan Putrajaya dan Laluan Seremban berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada tahun 2010 bagi perkhidmatan Laluan Seremban manakala Laluan Putrajaya pula, dibuka secara rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Sri Delima dan Stesen MRT Kentonmen serta mempunyai kod stesen iaitu PY13 bagi perkhidmatan MRT manakala perkhidmatan bagi komuter, ia terletak di antara Stesen Komuter Taman Wahyu dan Stesen Komuter Batu Kentonmen dan mempunyai kod stesen KC03.[1] SejarahKTM![]() Stesen in dibina diantara Stesen Komuter Taman Wahyu dan Stesen Komuter Batu Kentonmen di laluan KTM Komuter diantara Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Stesen yang ada sebelum ini hanya diguna ketika perayaan Thaipusam bagi kemudahan penganut Hindu untuk mengunjungi kuil di Batu Caves. Stesen ini antara Batu Caves dan Sentul sebagai sebahagian daripada landasan tunggal dan laluan tidak berelektrik. Semasa pelan induk Sentul Raya oleh YTL Corporation Berhad, stesen Kampung Batu telah dirobohkan, dan dibangunkan semula untuk sambungan laluan KTM Komuter Pelabuhan Klang-Sentul. Setelah siap dibina pada Julai 2010, stesen ini telah menyediakan perkhidmatan pertama kalinya ke Laluan Pelabuhan Klang yang menghala dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves. Pada Disember 2015, perubahan dalam perkhidmatan Komuter KTM telah dibuat. Jajaran laluan kereta api antara stesen Sentul dan Batu Caves termasuk stesen Kampung Batu telah dipindahkan ke Laluan Seremban, menuju ke terminal stesen Pulau Sebang/Tampin dan Batu Caves.[2] MRT![]() ![]() Projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah mula dibina secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Kampung Batu" diumumkan sebagai salah-satu stesen Laluan MRT Putrajaya di dalam video "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" (Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP)) di saluran rasmi MRT Corp di Youtube dengan kod S09.[3][4] Pembinaan tanjakan MRT Laluan Putrajaya dan kerja-kerja berkaitan terbahagi kepada sebelas pakej iaitu, V201 hingga V210, dan bawah tanah. Stesen MRT Kampung Batu telah terpilih dan akan dibina di bawah Pakej V203, bermula dari Jinjang hingga ke Portal Jalan Ipoh. Jajaran ini melibatkan tiga stesen Laluan Putrajaya iaitu, Stesen MRT Sri Delima, Stesen MRT Kentonmen dan Stesen MRT Jalan Ipoh dan memiliki panjang 4.6 kilometer (2.9 bt).[5] Kontak pembinaan tanjakan di bawah Pakej V203 telah diberikan kepada IJM Construction Sdn. Bhd pada 19 Mei 2016.[6] Manakala, kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan di Stesen MRT Kampung Batu (atau stesen di bawah pakej S203 iaitu bermula Stesen Sri Delima hingga Stesen Jalan Ipoh) telah dianugerahkan kepada syarikat sama iaitu, IJM Construction Sdn. Bhd, pada 14 Jun 2017 dengan jumlah sebanyak RM 342.18 juta..[7][6] Pembukaan stesen-stesen Laluan Putrajaya terbahagi kepada dua fasa; Fasa 1 dan Fasa 2. Pada asalnya, Stesen MRT Kampung Batu akan dibuka di bawah Fasa 1 pada Jun 2021 bersama-sama dengan stesen lain iaitu dari Stesen MRT Kwasa Damansara hingga ke stesen ini.[8] Namun, ia telah ditangguhkan ke November 2021, tetapi ia dibatalkan juga akibat pandemik COVID_19 masih melanda di Malaysia.[9] MRT Corp telah membuat keputusan akhir dengan membuka stesen Laluan Putrajaya yang di bawah Fasa 1 secara rasmi pada 16 Jun 2022.[10] Majlis perasmian Laluan Putrajaya dilakukan di Stesen MRT Kampung Batu pada 16 Jun 2022. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Ismail Sabri Yaakob pada jam 10.00 pagi. Stesen ini dibuka untuk orang ramai pada jam 3.00 petang waktu tempatan (WPM).[11] Ciri-ciri stesen![]() ![]() ![]() LokasiStesen ini terletak di Jalan 1/18B, Kampung Batu. Ia terletak di dalam kawasan Kampung Batu, Kuala Lumpur. Stesen MRT Kampung Batu berhampiran dengan Pangsapuri Permai Ria, SJK (C) Mun Chong, Taman Batu Permai, Kuil Di Guan Kampung Batu, SMK Dato Ibrahim Yaacob, Jalan Kampung Batu, Jalan Kepong Lama, Pangsapuri Alam Puri, Taman Mastiara, SMK Tiara Permai, Surau Al-Falah dan PPR Pekan Batu.[12] Pelan stesen
Stesen MRT Kampung Batu adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya, manakala stesen komuter ialah stesen aras tanah dan mempunyai dua platform sisi.[4] Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen Kampung Batu dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan atau Park and Ride.[1] Kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda disediakan di Stesen MRT Kampung Batu. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT dan Komuter. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Bagi pengguna yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat yang berbeza. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[13] Pintu stesen![]() Secara keseluruhannya, Stesen MRT Kampung Batu mempunyai satu sahaja pintu sahaja buat masa sekarang. Ia terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di tenggara stesen mengarahkan pengguna ke KTM Kampung Batu, hentian sebelah serta Jalan 1/18B. Pintu B ditandakan akan datang pada peta stesen rasmi. Pintu A mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik Bas Bandar GoKL laluan Merah Manggis dan bas RapidKL laluan 173 berkhidmat sepenuhnya di Pintu A.[14][15] Bagi stesen komuter, ia boleh dicapai terus dari Pintu A Stesen MRT Kampung Batu atau melalui jalan akses dari Jalan Kampung Batu dekat Kolej Antarabangsa Victoria dan Wisma Victoria. Bagi pejalan kaki, terdapat jejantas menyeberangi landasan kereta api dari Jalan Kampung Batu dekat Perhentian Bas SJK (C) Mun Chong menuju ke Pintu A Stesen MRT.
Perkhidmatan bas![]() ![]()
Rujukan
Pautan luar
Information related to Stesen Kampung Batu |
Portal di Ensiklopedia Dunia