Masjid Kampung Pasir Puteh, Mercang
Masjid Kampung Pasir Puteh merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Pasir Puteh, Mercang, 21610 Marang, Terengganu Darul Iman.[1] Alamat
SejarahMasjid ini dibiayai sepenuhnya oleh orang ramai sejak awal penubuhannya iaitu pada tahun 1898. Tanah masjid diwakafkan oleh Allahyarham Haji Awang Penghulu Bakti untuk dibina rumah ibadat. Dahulunya, masjid ini hanyalah rumah kayu. Setakat tahun 1998, masjid tersebut telah mengalami 3 kali pengubahsuaian. Setiap kali kedengaran berita pengubahsuaian masjid, orang ramai termasuk mereka yang tidak dikenali pasti akan menyumbang barangan seperti kayu, simen, batu-bata, pasir dan juga wang tunai serta menyiapkannya secara bergotong-royong. Pada tahun 1998, masjid tersebut dianggarkan bernilai RM70,000 dan mempunyai 2 orang imam bertugas iaitu Haji Abdul Rahman Haji Isa (69 tahun) dan Ismail Haji Isa (52 tahun) manakala bilalnya pula ialah Encik Kasimin Kasimun dan Wan Husin Wan Sulaiman. Jawatankuasa masjid dipengerusikan oleh Haji Mahmud Deraman, Encik Ismail Haji Isa (setiausaha) dan Haji Abdul Rahman Haji Isa (bendahari) beserta 9 orang AJK yang lain.[2] PentadbiranMasjid Kampung Pasir Puteh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-MRG-00218. Rujukan
Pautan luarInformation related to Masjid Kampung Pasir Puteh, Mercang |
Portal di Ensiklopedia Dunia