Kampung Penyarom
Kampung Penyarom merupakan sebuah kampung yang terletak di Pendang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara. Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2] Kampung Penyarom terletak di mukim Tobiar. Menurut orang dahulu nama kampung ini diambil sempena nama pokok 'Penyarom' yang terdapat dikawasan ini. Terletak 10km dari pekan Pendang dan 26km dari bandar Alor Setar. Pekan yang terdekat ialan Kubur Panjang dan Tanah Merah. Penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian iaitu mengusahakan sawah padi dan menoreh getah. Maktab Mahmud Pendang dahulunya nama 'Madrasah Al Hidayah Tobiar' terletak di kampung ini.
Kemudahan asasPendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Penyarom, Pendang, Kedah adalah 06700.[3]
Rujukan
Pautan luarInformation related to Kampung Penyarom |
Portal di Ensiklopedia Dunia