Kedah
Kedah (Sebutan bahasa Melayu: [kəˈdɑh]),[3] atau rasminya dikenali Kedah Darul Aman (Jawi: قدح دار الأمان ) atau Kedah ialah salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 dan ia terdiri daripada tanah besar dan pulau-pulau Langkawi. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi, sesuatu yang membuatnya terkenal sebagai "jelapang padi Malaysia", manakala Langkawi adalah sebuah kepulauan yang kebanyakannya adalah pulau-pulau yang tidak berpenghuni. Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya. Pada 2023, jumlah penduduk Negeri Kedah adalah 2.19 juta orang. Kedah sebelum ini dikenali sebagai Kadaram (Tamil: கடாரம்; Kaṭāram) oleh orang Tamil purba dan zaman pertengahan, Kataha atau Kalahbar (Bahasa Arab: قتح; qataḥa atau Arab: قلحبر; qalaḥbar) oleh orang Arab, dan Syburi (Thailand: ไรรร; Buri) oleh orang Siam ketika berada di bawah pengaruh mereka.[4][5] Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan animisme memerintah Kedah purba seawal 788 SM. Penemuan jeti, tapak peleburan besi, dan tugu-tugu tanah liat sejak 110 Masihi menunjukkan laluan perdagangan maritim yang telah ditubuhkan sejak zaman itu. Penemuan Tamadun Awal Sungai Batu di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara. Ibu negerinya ialah Alor Setar dan kota diraja adalah di Anak Bukit. Pekan utama lain termasuk Sungai Petani (kawasan bandar terbesarnya mengikut populasi), dan Kulim di tanah besar, dan Kuah di Langkawi. Etimologi ايتيمولوڬيKedah purba telah disebut buat pertama kali dalam sebuah puisi Tamil, Paṭṭiṉappālai dengan nama Kadaram. Kedah turut disebut dengan nama lain dalam kesusasteraan India seperti Kataha-Nagara dalam kisah Kaumudi Mahotsava, Anda-Kataha dalam Andi Purana, Kataha-Dvipa dalam Samarāiccakahā dan Kataha dalam Kathasaritsagara.[6] Dalam kesusasteraan timur tengah, Kedah purba telah dirujuk sebagai Qilah oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab al Masālik w'al Mamālik, Kalah-bar oleh Soleiman Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh (Pengembaraan di Asia), dan Kalah oleh Abu-Dulaf Misa'r Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-Thaniyah.[7] Seorang sami Buddha Tang, Yijing yang melawat kepulauan Melayu antara 688-695, juga menyebut tentang kerajaan yang dikenali sebagai Ka-Cha di bahagian utara Semenanjung Melayu, yang menurut beliau mengambil masa pelayaran selama 30 hari dari Bogha (Palembang), ibu kota Sribogha (Srivijaya).[8] Sejarah سجارهSejarah awalSekitar tahun 788 SM, sebuah penempatan besar mungkin telah didirikan di kawasan utara Sungai Merbok. Kawasan penempatan ini terdiri daripada kawasan Lembah Bujang yang meliputi lembah Sungai Muda dan Sungai Merbok, dan menjangkau keluasan lebih seribu batu persegi.[9] Bukti arkeologi yang terdiri daripada tinggalan binaan candi, jeti dan tapak peleburan besi seawal 110 M telah ditemui di Lembah Bujang, menunjukkan kewujudan laluan perdagangan maritim dengan kerajaan Hindu selatan pada zaman itu.[10] Penemuan arkeologi ini juga menjadikan Kedah purba sebagai penempatan paling tua di Asia Tenggara.[11] Sekitar abad ketujuh dan kelapan, Kedah berada di bawah kawalan Srivijaya. Kedah juga dipercayai merupakan antara kawasan terpenting ketika zaman Srivijaya. Pada tahun 1025, Rajendra I iaitu Raja Chola dari selatan India, telah menawan Kedah dalam penaklukannya ke atas Srivijaya. Pada akhir abad ke-11, Virarajendra dari Dinasti Chola juga telah menawan Kedah buat kali kedua. Pentadbiran Chola juga telah ditubuhkan di Kedah semasa pemerintahan Kulottunga I. Penubuhan kerajaan KedahMenurut Hikayat Merong Mahawangsa, seorang raja yang berasal dari Rom bernama Merong Mahawangsa telah mendirikan kerajaan Kedah. Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula, seorang raja berasal dari Parsi yang bernama Maharaja Derbar Raja telah lari dan tiba di Kedah. Baginda kemudiannya dilantik sebagai pemerintah di Kedah oleh dua ketua masyarakat Melayu iaitu Tun Darma Dewa dan Tun Perkasa. Kesultanan Kedah dipercayai telah didirikan pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama Sultan Muzaffar Shah. Namun, sumber Aceh menyatakan bahawa pemerintah Kedah mula memeluk Islam sekitar tahun 1474. Menurut kronikel Siam pula, Kedah pada asalnya merupakan sebuah bandar di bawah jajahan Siam, namun bertukar kepada sebuah kerajaan Melayu setelah penaklukan kerajaan Islam. Kedah dipercayai memiliki tanah jajahan yang luas pada asalnya, di mana luas wilayahnya menjangkau ke utara pesisir barat Setul hingga ke Terang. Wilayah di selatannya pula meliputi Pulau Pinang dan Seberang Perai, serta turut menjangkau kawasan Kerian dan Kuala Kerau dalam negeri Perak. Sekitar abad ke-18, wilayah jajahan Kedah dapat berkembang hingga ke Phuket, Ranong dan Mergui yang berada di sempadan Myanmar.[12] Hubungan dan ancaman luarKedah sejak dahulu lagi telah terdedah dengan pengaruh kerajaan tempatan di sekitarnya. Pada abad ke-15, Kedah telah menjalinkan hubungan dengan kesultanan Melayu Melaka, dengan menghantar utusannya pada 1474. Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis, Kedah juga telah menerima beberapa serangan dari Portugis. Pada tahun 1611, armada Portugis dicatatkan telah menghancurkan bandar di pesisir Kedah. Kedah juga telah terdedah kepada pengaruh Aceh, di mana Aceh beberapa kali menyerang Kedah. Pada 1547, Kedah telah dijadikan pengkalan serangan Aceh bagi menyerang Portugis. Sekitar abad ke-17, Aceh telah menyerang Kedah, menawan Sultan Sulaiman, Sultan Kedah dan menjadikan Kedah sebagai pertahanannya di Selat Melaka. Kedah turut terdedah dengan pengaruh Belanda, apabila perjanjian perdagangan antara Kedah dan Syarikat Hindia Timur Belanda termeterai pada 1642, di mana pengeluaran bijih timah di Kedah harus dikongsi dan Kedah perlu menerima kapal dengan izin Belanda sahaja. Belanda juga telah menutup pelabuhan Sungai Kedah.[13] Kerajaan Siam pula merujuk Kedah sebagai taklukannya sejak abad ke-12. Sebagai tanda perhubungan, negeri naungannya termasuklah Kedah perlu menghantar ufti seperti bunga emas. Namun bagi Kedah, penghantaran ufti kepada Siam ini hanya sebagai tanda persahabatan, dan bukan sebagai simbolik penyerahan. Beberapa kerajaan Siam seperti Sukhotai dan Ayutthaya juga telah berhasrat untuk meluaskan kuasanya di Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke-13 lagi. Menjelang abad ke-19, kedudukan Kedah makin tercabar apabila Siam dan Myanmar berhasrat untuk menguasai negeri Melayu. Kedah bertindak untuk menghantar ufti kepada kedua-dua kerajaan bagi memelihara hubungan dan kedaulatannya. Pada tahun 1767, Myanmar telah berjaya mengalahkan Siam, mendorong Kedah untuk menghantar ufti kepada Myanmar. Namun Siam mula mencabar kedudukan negeri-negeri Melayu setelah kemenangannya, mendorong Kedah untuk terus menghantar ufti kepada Siam. Pada tahun 1770, semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa, satu gerakan penentangan dalam kalangan kerabat dan rakyat telah muncul di Kedah. Mereka telah meminta bantuan tentera Bugis bagi menyerang Sultan. Mereka kemudiannya menawan Alor Setar, menyebabkan Sultan terpaksa berundur ke Kangar. Sultan kemudiannya meminta bantuan Britain di Madras bagi menghalau angkatan Bugis itu. Dengan harapan bahawa Britain akan membantu Kedah, Sultan menyerahkan Pulau Pinang dan kemudian Seberang Perai kepada Inggeris pada akhir abad ke-18. Kedah dengan bantuan Britain juga berjaya mengalahkan tentera Bugis. Namun, kedaulatan Kedah tercabar semula apabila Siam telah menawan Kedah pada tahun 1821. Kedudukan Sultan Tajuddin sebagai pemerintah Kedah juga telah diabaikan setelah termeterainya Perjanjian Burney. Penjajahan Siam ini telah mencetuskan Perang Musuh Bisik dari 1830 hingga 1842. Di akhir peperangan ini, wilayah jajahan Kedah semakin mengecil setelah Perlis, Kubang Pasu dan Setul telah dipisahkan dari jajahan Kedah. Sultan Kedah juga telah dikembalikan takhtanya setelah menerima syarat Siam. Kedah kekal di bawah naungan Siam dan diletakkan di bawah kawasan Monthon Syburi. Kedah juga berjaya mengambil semula jajahannya, iaitu Kubang Pasu setelah diperkenan Raja Siam. Pada tahun 1909, negeri-negeri utara Melayu termasuklah Kedah telah dijadikan negeri naungan Britain setelah termeterainya Perjanjian Bangkok antara Siam dan kerajaan Britain. Kerajaan Britain kemudiannya menempatkan seorang Residen yang ditugaskan untuk menasihati Sultan dalam hal pentadbiran. Dalam Perang Dunia Kedua, Kedah (bersama-sama dengan Kelantan) merupakan bahagian pertama Tanah Melayu yang diserang oleh Jepun. Jepun telah menyerahkan Kedah untuk berada di bawah naungan Thailand yang telah dinamakan sebagai Syburi, tetapi Kedah telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas berakhirnya perang. Kedah telah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, yang kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 1957. Pada tahun 1963, Kedah telah menjadi sebahagian daripada Malaysia, iaitu gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Sultan terkini yang memerintah Kedah adalah Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Baginda merupakan sultan ke-29 bagi negeri Kedah. Geografi ݢيوݢرافيNegeri Kedah mencakupi sebanyak 2.87 peratus daripada keluasan Malaysia dan sebahagian besar muka buminya adalah terdiri daripada tanah pamah landai yang amat sesuai dengan aktiviti pertanian. Satu pertiga kawasan dalam negeri ini juga diliputi hutan tropika di sekitar kawasan pergunungan dan lereng bukit yang sebahagian besarnya merangkumi Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang. Gunung Bintang merupakan gunung tertinggi di negeri Kedah dengan ketinggian 1,862 meter. Kedah terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Wilayah Yala dan Songkhla di Thailand, negeri Perak, negeri Pulau Pinang dan Selat Melaka. Kedah juga mempunyai empat batang sungai utama iaitu Sungai Muda sepanjang 230.48 kilometer, Sungai Kedah sepanjang 122.68 kilometer, Sungai Merbok sepanjang 53.78 kilometer dan Sungai Pedu sepanjang 31 kilometer. Kedah juga mempunyai persisiran pantai di sebelah pantai barat sepanjang 158 kilometer yang menghadap Selat Melaka. Terdapat beberapa gugusan pulau di sekitar perairan negeri Kedah seperti Pulau Langkawi, Pulau Tuba, Pulau Payar, Pulau Bidan, Pulau Songsong dan Pulau Telor.[14] IklimIklim di negeri Kedah ialah iklim khatulistiwa. Purata suhu ialah 28.4 °C (83.1 °F). Bulan April merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 29.4 °C (84.9 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 27.6 °C (81.7 °F).[15] Purata kerpasan di Kedah adalah 2232.7 milimeter pertahun. Bulan Oktober merupakan bulan yang tinggi kerpasan dengan 287.0 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 55.0 milimeter.[15]
Kerajaan کراجاءنNegeri Kedah mengamalkan sistem raja berpelembagaan di mana Sultan merupakan ketua negeri. Sultan juga merupakan ketua agama Islam dan memegang kuasa eksekutif negeri. Sultan terkini ialah Sultan Sallehuddin, yang bertakhta sejak 2017. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri Kedah. Ahli Dewan ini dilantik melalui sistem pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Menteri Besar (Ketua Menteri) dilantik oleh Sultan dalam kalangan ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak. Menteri Besar pada masa ini ialah Muhamad Sanusi Md Nor. Badan yang menguruskan hal ehwal eksekutif di Kedah ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang juga merupakan badan yang merangka dan mengusulkan dasar kerajaan negeri. Majlis ini diketuai oleh Menteri Besar dan terdiri daripada 10 orang anggota Dewan Undangan Negeri yang dilantik Menteri Besar. Dewan Undangan Negeri ديوان اوندڠن نݢري
Pihak Berkuasa Tempatan ڤيهق برکواس تمڤتنTerdapat sebanyak 12 pihak berkuasa tempatan di negeri Kedah;
Pecahan kawasan pentadbiran ڤچهن کاوسن ڤنتدبيرنNegeri Kedah dibahagikan kepada 12 daerah dan 122 mukim.
Demografi ديموݢرافيBerdasarkan bancian penduduk Malaysia tahun 2020, jumlah penduduk di negeri Kedah dianggarkan seramai 2,131,427 orang, menjadikannya negeri keenam paling ramai penduduk. Kedah mempunyai kepadatan penduduk seramai 225 orang perkilometer persegi. Sebanyak 96 peratus penduduk merupakan warganegara Malaysia, dan selebihnya merupakan warganegara asing. Majoriti penduduk merupakan Bumiputera iaitu 76.6 peratus dari jumlah penduduk. Selebihnya terdiri daripada penduduk beretnik Cina, India dan lain-lain etnik.[2] Penduduk Bumiputera di Kedah terdiri daripada pelbagai etnik, dengan majoritinya merupakan penduduk berbangsa Melayu. Terdapat juga masyarakat Bumiputera Sarawak yang kebanyakannya terdiri daripada etnik Melanau dan Iban, serta masyarakat Bumiputera Sabah. Terdapat juga kelompok kecil masyarakat Orang Asli seperti orang Kensiu. Penduduk berbangsa Cina merupakan masyarakat bukan Bumiputera terbesar di negeri Kedah, dengan peratusan 12 peratus. Terdapat juga penduduk berbangsa India yang membentuk peratusan enam peratus.[2]
Terdapat beberapa komuniti kaum Siam di Kedah terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan sempadan Thailand seperti di Kuala Nerang. Komuniti orang asli Kensiu pula hanya terdapat di pedalaman daerah Baling dengan hanya seramai 204 orang.[16] Agama اݢامMenurut bancian penduduk Malaysia 2020, majoriti penduduk di negeri Kedah beragama Islam iaitu sebanyak 78.5 peratus daripada jumlah penduduk, diikuti Buddha sebanyak 12.4 peratus, Hindu sebanyak 5.9 peratus, Kristian sebanyak 0.8 peratus, sebanyak dua peratus tidak diketahui atau tidak beragama dan lain-lain agama sebanyak 0.5 peratus. Kesemua penduduk berbangsa Melayu di negeri ini beragama Islam, seperti mana yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Penduduk berbangsa Cina pula sebahagian besarnya menganut agama Buddha, dengan minoritinya menganut agama Kristian, agama tradisi dan Islam. Majoriti penduduk berbangsa India beragama Hindu, dengan minoriti signifikan yang beragama Kristian, Islam, Sikh dan Buddha. Masyarakat Bumiputera bukan Melayu dan Orang Asli pula kebanyakannya menganut agama Kristian dan Islam.[17] BahasaSebahagian besar penduduk di negeri Kedah bertutur di dalam Bahasa Melayu Kedah, yang juga dikenali sebagai "Pelat Utagha". Bahasa Melayu Kedah turut dituturkan di Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak. Bahasa Melayu Kedah mempunyai pelbagai subdialek yang berbeza mengikut kawasan dan daerah. Di daerah persisiran Kedah seperti Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda, subdialek yang dituturkan penduduk dikenali sebagai Bahasa Melayu Kedah Persisiran. Penduduk di utara Kedah seperti Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kuala Nerang pula menggunakan subdialek Kedah Utara. Langkawi juga mempunyai subdialek yang tersendiri. Terdapat juga subdialek Kedah Siam yang dituturkan di kawasan berdekatan dengan sempadan Thailand. Di daerah Baling dan Sik, sebahagian penduduk menggunakan Bahasa Melayu Baling yang merupakan subdialek kepada Bahasa Melayu Reman, dan agak berbeza dengan Bahasa Melayu Kedah.[18] Selain Bahasa Melayu, masyarakat Cina juga bertutur dengan beberapa variasi Bahasa Cina seperti Mandarin dan Hokkien. Masyarakat India pula turut menggunakan Bahasa Tamil, di samping minoriti penutur Bahasa Telugu, Malayalam dan Punjabi. Bahasa-bahasa Asli turut digunakan masyarakat Orang Asli di negeri ini, antaranya termasuklah Kensiu dan Kintaq. Masyarakat Siam di negeri ini turut menggunakan Bahasa Thai dengan dialek yang berbeza dengan bahasa Thai standard. Pendidikan ڤنديديقنBerikut merupakan statistik institusi pendidikan di negeri Kedah sehingga tahun 2020.[19] Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Terdapat sebanyak 30,794 orang guru dan 333,465 orang murid ditempatkan di 750 buah sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri Kedah.
Sekolah swasta Terdapat juga 20 buah sekolah swasta yang berdaftar di negeri Kedah menempatkan sebanyak 609 orang guru dan 8,048 orang murid.
Sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri Terdapat 70 buah sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah
Universiti awam
Institut pendidikan guru
Politeknik
Kolej komuniti
Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
Pengangkutan ڤڠڠکوتنNegeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik.[20] Lebuh Raya Antara Bandar لبوه راي انتارا باندر
Kedah dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Kubang Pasu iaitu di utara merentasi Alor Setar, Pendang sehingga ke Sungai Petani di selatan.
Selain itu, terdapat juga Laluan Persekutuan yang menghubungkan Kulim dengan Butterworth, Pulau Pinang.[21]
Dalam rancangan Malaysia Ke Sebelas, Kerajaan Persekutuan ingin membina sebuah lebuh raya sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Laluan ini akan menghubungkan Bandar Sungai Petani, Kulim, Bandar Baharu Serdang sehingga ke Taiping, Perak[22] Landasan Keretapi Antara Bandar لندسن کريتاڤي انتارا باندرKereta Api Tanah Melayu (KTM) Selain daripada Laluan Utara - Selatan, KTM Antarabandar juga merentasi Kedah. Landasan Keretapi Eletrik Berkembar Ipoh - Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Kedah. Antara hentian kereta api adalah Kodiang di Kubang Pasu, Anak Bukit, Bandar Alor Setar dan beberapa buah bandar yang lain. Terminal Bas Antara Bandar ترمينل بس انتارا باندرSeperti di negeri-negeri lain, di Kedah juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama yang berpusat di Stesen Bas Lama di pusat bandar Alor Setar yang telah dipindah ke Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Mergong bagi menampung pertambahan penduduk.[23] Lapangan Terbang لاڤڠن تربڠAntara lapangan terbang utama di Kedah ialah Terminal Feri ترمينل فيريAntara terminal feri yang terdapat di Kedah :
Ekonomi ايکونوميKedah dianggap negeri "Jelapang Padi" Malaysia, kerana pengeluaran padinya yang mencakupi satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran beras Malaysia. Sektor pertanian di negeri ini juga terdiri daripada penanaman getah, kelapa sawit dan tembakau. Sektor pelancongan turut menyumbang kepada ekonomi Kedah, di mana kebanyakan industri pelancongannya tertumpu di pulau Langkawi. Bermula pada 1990-an, Kedah mula merancakkan sektor ekonominya ke arah industri automotif dan aeroangkasa dengan penubuhan pangkalan Modenas dan Boeing Asia.[24][25] Antara kelebihan utamanya ialah kos buruh yang rendah dan infrastruktur di kawasan strategik berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 1996, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) telah dibuka secara rasmi sebagai taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. Taman ini berkeluasan kira-kira 14.5 kilometer persegi (5.6 km²). Beberapa syarikat tempatan dan asing, seperti Intel, Fuji Electric, Silterra, Infineon, First Solar, AIC Semiconductor, dan Showa Denko memulakan operasi kilang pengeluaran mereka. Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, Kedah bersama dengan Perlis, Pulau Pinang dan Perak telah menubuhkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bermula pada tahun 2007.[26] Bukit Kayu Hitam juga telah dijadikan Special Border Economic Zone (Zon Ekonomi Sempadan Khas) yang berada di wilayah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). Pada tahun 2023, Kedah mencatatkan nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK) berjumlah RM51.8 bilion dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.6 peratus. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada KDNK Kedah dengan sumbangan sebanyak RM29.1 bilion. Sektor ini terdiri daripada beberapa industri seperti pengangkutan, penginapan, pemakanan, perniagaan dan perdagangan. Sektor pembuatan pula menyumbang 29.2 peratus kepada KDNK negeri. Sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga terbesar bagi ekonomi Kedah dengan nilai hasil RM5.5 bilion, terdiri daripada industri pertanian, ternakan dan perikanan.[27] BudayaKebudayaan negeri Kedah sebahagian besarnya merupakan adat budaya kaum Melayu, dan juga terdapat sedikit pengaruh daripada Siam. Nobat merupakan antara adat warisan Kedah yang dimainkan ketika istiadat diraja. Antara seni persembahan yang terkenal di Kedah termasuklah Mek Mulung, Hadrah dan Jikey. Antara makanan tradisional dan terkenal di Kedah ialah Lengat Pisang, Pek Nga, Laksa Kedah, Gedung Chak, Kuih Hasidah, Pekasam, Bunga Pundak, Ubi Telampong, Kuih Karas dan Cucur Jawa. Pakaian tradisional masyarakat Melayu di Kedah ialah Baju Melayu dan Baju Kurung Kedah. Kesihatan کصيحتنBerikut merupakan statistik institusi kesihatan di Kedah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia setakat tahun 2019[28]: Hospital هوسڤيتلSehingga tahun 2019, terdapat 19 buah hospital di Kedah iaitu sembilan hospital kerajaan dan 10 hospital swasta. Hampir setiap daerah di Kedah mempunyai sebuah hospital kerajaan. Klinik کلينيکTerdapat sebanyak 304 buah klinik di negeri Kedah terdiri daripada 217 buah klinik desa, 67 buah klinik kesihatan dan klinik kesihatan ibu dan anak serta 20 buah klinik komuniti. Petugas kesihatan ڤتوݢس کصيحتنTerdapat seramai 11,624 petugas kesihatan yang berdaftar di negeri Kedah, terdiri daripada 3577 orang doktor, 545 orang doktor gigi, 5818 orang jururawat dan 1684 orang jururawat masyarakat.
Pelancongan ڤلنچوڠنTerdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Kedah ini. Antaranya
Sukan سوکنKedah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun 2006. Majlis perasmian telah diadakan di Stadium Darul Aman Kompleks Sukan کومڤليکس سوکنBerikut adalah senarai kompleks sukan di Kedah
Trivia تريۏيا
Penduduk ternama ڤندودوق ترنامLihat juga ليهت جوݢRujukan روجوعن
Pautan luar ڤاءوتن لوار
Information related to Kedah |
Portal di Ensiklopedia Dunia