Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Tengah ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bukit Mertajam. Daerah ini merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang. PentadbiranDaerah Seberang Perai Tengah ditadbir Majlis Bandaraya Seberang Perai dan berpusat di Bukit Mertajam. Antara bandar dan pekan yang terletak dalam daerah ini termasuklah Juru, Alma, Permatang Pauh, Machang Bubok, Permatang Tinggi dan Bukit Minyak. Daerah ini juga dibahagikan kepada 21 buah mukim.[4]
GeografiDaerah Seberang Perai Tengah bersempadan dengan;
Ketinggian purata daratan di daerah Seberang Perai Tengah ialah 20 meter atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 534 meter. Titik tertinggi ini merupakan puncak Bukit To'kun di Hutan Lipur Bukit Mertajam.[5] Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Tengah ialah seramai 422,990 orang dengan kepadatan penduduk 1,779 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Tengah merupakan Bumiputera, dengan peratusan 49.5 peratus daripada jumlah penduduk.[6]
AgamaDi daerah Seberang Perai Utara, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 49 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 34 peratus, agama Hindu sebanyak 9.2 peratus, agama Kristian sebanyak tiga peratus dan lain-lain agama sebanyak 1.7 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.2 peratus dan hampir tiga peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6] KemudahanTerdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 87 buah sekolah di daerah ini;[7]
Daerah Barat Daya juga mempunyai 11 buah balai polis, empat balai bomba, dua hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah. Rujukan
Pautan luar
Information related to Seberang Perai Tengah |
Portal di Ensiklopedia Dunia