Butterworth, Pulau Pinang
Butterworth merupakan bandaraya yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bandar ini disambung dengan Jambatan Pulau Pinang dan feri dari/ke Pulau Pinang. Nama Butterworth atau Bagan tersebut diambil sempena nama Kolonel William John Butterworth, Gabenor Negeri-Negeri Selat dari tahun 1843 hingga 1855 semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. DemografikKaum majoriti di Butterworth ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di Pulau Pinang. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak. InfrastrukturPengangkutanTrafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, Pulau Pinang, selain Kuala Lumpur. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke George Town. Butterworth juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuh raya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (melalui jambatan). Segelintir penduduk di Kulim dan Bukit Mertajam datang bekerja di Butterworth pada setiap hari Majlis Perbandaran Butterworth Di Majlis Daerah Luar Bandar Seberang Perai. PelabuhanPelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti Hong Kong, China, Taiwan, dan sebagainya melalui kapal kontena. PendidikanSekolah terkenal di Butterworth ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth yang terletak di Jalan Ong Yi How. Penang Sentral di negeri Pulau Pinang ataupun wilayah koridor utara Malaysia adalah dipilih untuk bina di Butterworth sekalinya dengan stesen keretapi, terminal bas dan kontena. Rujukan
Pautan luar
Information related to Butterworth, Pulau Pinang |
Portal di Ensiklopedia Dunia