Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong. Pada 2014-2015, Larian Jambatan Pulau Pinang pun telah bertukar diadakan dekat Bayan Lepas ini. Ciri-ciriEmpat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini. Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuh raya terapung pertama di Malaysia. SejarahPada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2013. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008.[6] Pada April 2008, kerajaan mengumumkan projek ini akan ditundakan selama 9 bulan disebabkan masalah perolehan tanah dan isu reka bentuk dan juga lonjakan kos bahan binaan[7]. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Lim Guan Eng mencadangkan diskaun tol untuk setiap kelewatan projek ini[8] dan meluahkan kekecewaan ke atas kelewatan pembinaan projek ini[9]. Keruntuhan sebahagian binaan JambatanPada pukul 6.50pm tanggal 6 Jun 2013, sebahagian dari binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berada di bahagian Batu Maung telah runtuh menyembah bumi. Bahagian yang berukuran 30 meter panjang itu runtuh dan dipercayai menghempap sebuah kereta dibawah runtuhan debu. Timbalan pengurus jabatan komunikasi dan hubungan awam Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengesahkan keruntuhan berlaku di salah satu seksyen di Pakej 3A Jambatan Kedua Pulau [10]. Seramai 4 orang dikenal pasti telah terbunuh akibat keruntuhan bahagian jambatan, 4 orang tersebut dipercayai berada dalam kereta ketika tragedi berlaku, mereka dihempap oleh batuan keatas kereta dan menyebabkan mereka mati serentak. Menurut jurucakap polis, bahagian Peralihan Batu Maung yang menghubungkan jambatan dengan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu yang runtuh itu telah menghempap sebuah kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur.[11] Senarai PersimpanganKawasan Lebuhraya Batu Kawan
Kawasan jambatan
Kawasan Lebuhraya Batu Maung
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Information related to Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah |
Portal di Ensiklopedia Dunia