Bukit Mertajam
Koordinat: 5°22′N 100°28′E / 5.367°N 100.467°E
![]() ![]() ![]() Bukit Mertajam atau singkatannya BM merupakan satu bandar yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bukit Mertajam juga terletak berhampiran dengan Butterworth dan Kulim dengan keluasan 97.2 km persegi Bukit Mertajam terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Kedudukan Bukit Mertajam adalah di lokasi Kulim di timur, Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth di utara dan Nibong Tebal di selatan. Mengikut arah ke timur, Bukit Mertajam juga merupakan bandar tengah Seberang Perai. Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai adalah terletak di Bukit Mertajam. Semua jabatan adalah diberi perkhidmatan di dalam. DemografiBukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%.[perlu rujukan]. Etnik yang paling banyak bilangannya dalam kaum Cina merupakan orang Teochew, seterusnya Hokkien dan sebagainya. Penduduknya kian bertambah daripada cuma 28,675 orang dari tahun 1970 kepada 122,044 orang (1980), kemudian meningkat menjadi 165,422 orang (1990), 235,319 orang (2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 orang (2010).[perlu rujukan]. KedudukanAntara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain. ![]() Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km dari Stesen Caltex Jalan Sungai Rambai.[2] Stesen kereta api yang terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk iaitu Stesen keretapi Bukit Mertajam yang kini mengadakan servis KTM Zon Utara.Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas berhenti-henti dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth-Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong. PentadbiranBukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam. MBSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah dan telah memperluas kawasannya ke hampir seluruh Seberang Perai Tengah kecuali Perai, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. Alma, Bukit Minyak, Bukit Tengah dan Juru, Berapit, Cherok To'kun, Kubang Semang, Machang Bubok dan Permatang Tinggi merupakan kawasan utama di Bukit Mertajam. Kemudahan awamGereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. Gereja ini dibina pada 1846 oleh paderi Adolphe Couellan yang didedikasikan kepada Saint Anne. Hospital Bukit Mertajam terletak di Jalan Kulim. Hospital Pakar Bukit Mertajam terletak di Jalan Manggis.[3] Pejabat Jabatan Agama Islam Bukit Mertajam terletak di Jalan Sungai Rambai. Untuk agama Buddha, tenpat ibadat dan juga pusat perniagaan kaum Cina yang terkenal di Bukit Mertajam merupakan Pek Kong Cheng di Pekan Bukit Mertajam.[4] Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang ditubuhkan pada 18 Januari 1927 ialah salah satu sekolah yang tertua di Malaysia. Beberapa tokoh penting bersekolah di sini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Wira Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara juga berdiam di sini (lahir di Bagan Serai)[5] dan merupakan bekas pelajar bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia juga terletak di Bukit Mertajam. Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan pelancong. Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Alma di Bukit Mertajam merupakan sebuah kawasan yang sedang berkembang maju di Bukit Mertajam. AEON Bukit Mertajam Mall juga terletak di kawasan ini dengan Tesco di sekelilingnya. Tempat reakreasi di Bukit Mertajam merupakan Taman D.o. dan Hutan Lipur Bukit Mertajam. Senarai institusi-institusi pendidikanPendidikan Tinggi
Sekolah MenengahKelas Mengaji al-QuranSenarai taman perumahan di Bukit MertajamBerapit, Tanah Liat dan Kubang Semang (Zon Utara)
Kota Permai, Bukit Tengah, Bandar Perda dan Juru (Zon Barat)
Pusat Bandar
Alma dan Permatang Tinggi (Zon Selatan)
Sejahtera, Cherok To'kun dan Machang Bubuk (Zon Timur)
Penduduk terkenal
Rujukan
Information related to Bukit Mertajam |
Portal di Ensiklopedia Dunia