Sim Chee Keong
YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Cina ringkas: 沈志强; Cina tradisional: 沈志強; pinyin: Shěn Zhìqiáng; Pe̍h-ōe-jī: Sím Chì-kiông; dilahirkan pada 13 Mei 1982) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam. Di peringkat parti beliau ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022. Pada Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), salah satu kerajaan tempatan terbesar di Malaysia. Beliau sering menulis untuk majalah Penang Monthly (sebelumnya dikenali sebagai Penang Economic Monthly) serta menyumbang rencana pendapat ke portal berita dalam talian utama Malaysia seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider. Beliau telah menulis 4 buku, termasuk kritikan sosio-politik kontemporari terhadap karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa pada tahun 2021. Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva.[2] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam yang berpusat di Pulau Pinang. Beliau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, dan Mandarin.[3] Pendidikan dan Kerjaya Politik AwalPendidikan awal Sim bermula di SK Stowell dan Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam (HSBM). Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam Sains Komputer daripada Universiti Malaya pada tahun 2004. Beliau kemudian menyambung Ijazah Sarjana dalam Pembangunan Mampan di Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development di Universiti Sunway dan berjaya menamatkan pengajian tersebut pada tahun 2020. Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional selama tiga tahun sebelum menyertai kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.[4] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, sebuah badan pemikir dasar awam terkemuka yang berpusat di Pulau Pinang, Malaysia. Sim sebelumnya adalah Setiausaha Eksekutif di Network of Social Democracy in Asia, sebuah landasan serantau bagi parti politik, cendekiawan, dan NGO yang berpegang kepada ideologi demokrasi sosial. BibliografiSim juga merupakan penulis empat buah buku. The Audacity to Think: An Invitation to Rethink Politics (2012); Being Malaysia (2018); antologi puisi Melayu, Dalam Salju Ada Bunga (2018); dan kritikan sosio-politik kontemporari mengenai karya Melayu klasik Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah: Adiwira Bangsa (2021). Keputusan Pilihan Raya
Rujukan
Pautan luar |
Portal di Ensiklopedia Dunia