Pulau Aman

Pulau Aman

Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia. Untuk berulang alik ke pulau ini, terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Bukit Tambun. Ia merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah.

Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil terletak dalam daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Nama Aman yang sama maksud dengan damai, tenang juga cocok dengan keadaan di pulau tersebut.

Tempat menarik di pulau nelayan ini yang boleh dilawati di Pulau Aman adalah Telaga Emas, Batu Perompak dan pulau berdekatan iaitu Pulau Gedung.

Terdapat sejarah bahawa Pulau Aman pernah dimiliki oleh Encik Md Saad dan Pulau Gedung bersebelahan pula dimiliki oleh abangnya. Encik Md Saad telah meninggal dunia pada umur 99 tahun.


Information related to Pulau Aman

Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya