Kampung Muhibbah Raya
Kampung Muhibbah Raya merupakan sebuah kampung yang terletak di Tawau, Sabah, Malaysia. SejarahPada April 2021, sebuah protes terbit di kawasan perkampungan itu yang berlaku akibat tekanan penduduk kampung atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dilaksanakan di sana; para pemprotes bukan berasal daripada kampung itu. Susulan daripada protes itu, tujuh orang ditahan atas Kanun Keseksaan, Ordinan Darurat 2021 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.[1] Terdapat juga dawkaan unsur keganasan polis oleh beberapa pihak seperti dakwaan oleh pertubuhan bukan kerajaan, BERSIH, tetapi disangkal pihak polis.[2] Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew berkata bahawa bantuan bekalan makanan sedang disiapkan walaupun hanya akan diberi sekurang-kurangnya seminggu selepas insiden itu.[3] PoskodPoskod yang digunakan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah ialah 91000.[4] Rujukan
Pautan luarInformation related to Kampung Muhibbah Raya |
Portal di Ensiklopedia Dunia