Kampung Penapar
Kampung Penapar ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Tanjong Maya. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 443 orang pada tahun 2016.[1] Ketua kampung semasa ialah Mahmud bin Abdul Latif.[2] PendidikanSekolah Rendah Penapar ialah sebuah sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah biasa bagi murid-murid yang tinggal di Kampung Penapar. Ianya juga berkongsi kemudahan tempat dengan Sekolah Ugama Penapar, juga sekolah kerajaan tetapi menyediakan pendidikan ugama Islam yang mana ianya wajib kepada kanak-kanak sekolah di Brunei.[3] InfrastrukturTempat ibadatMasjid Kampong Penapar ialah masjid kampung yang membolehkan penduduk beragama Islam melaksanakan solat Jumaat dan solat-solat lain secara berjemaah, serta aktiviti keugamaan yang lain. Masjid ini dibuka rasmi oleh KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 1991.[4] Ianya dapat menampung 200 jemaah pada satu masa.[4] Rujukan
Information related to Kampung Penapar |
Portal di Ensiklopedia Dunia