Kampung Lepan Kejur
Kampung Lepan Kejur merupakan sebuah kampung yang terletak di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur. SejarahSemasa zaman penjajahan Jepun, Ketua Kampung Lepan Kejur yang bernama Kasim Abdul Samad telah dibunuh kejam oleh tentera Jepun bersama-sama lima orang yang lain, iaitu seorang penggawa, Wan Embong Wan Zainal, dan lima rakannya, iaitu ketua kampung Dengir, Husain Abdullah, Ketua Kampung Bekok, Othman Mamat, Ketua Kampung Teluk, Ismail Ahmad dan Imam Surau Kampung Teluk yang dikenali sebagai Yatim Ahmad. Selepas dibunuh, mayat mereka telah dihumban ke dalam satu lubang di Kampung Kijang, Pantai Semut Api, Kota Bahru, Kelantan. Menurut saksi, keenam-enam pejuang itu telah ditembak oleh tentera Jepun setelah mereka memprotes usaha tentera Jepun untuk membawa penduduk Besut ke Burma untuk membina landasan keretapi.[1] Kemudahan asasPendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Lepan Kejur, Jerteh, Terengganu adalah 22000.[2]
RujukanPautan luarInformation related to Kampung Lepan Kejur |
Portal di Ensiklopedia Dunia