Kampung Pandan, Brunei
Kampung Pandan ialah sebuah kawasan dalam Kuala Belait, pekan utama bagi Daerah Belait, Brunei. Ia merangkumi petempatan Pandan asal dan kawasan perumahan awam Rancangan Perumahan Negara Pandan. PentadbiranKawasan Kampung Pandan secara rasmi dipecahkan kepada tiga kampung iaitu Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C'.[1] Mereka merupakan pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah; kampung-kampung tersebut adalah di bawah Mukim Kuala Belait. Setiap pecahan kampung mempunyai seorang ketua kampung yang bertanggungjawab terhadap penduduk di setiap kawasan tersebut.[2] Kampung-kampung tersebut juga merupakan kawasan poskod; poskod-poskod bagi Kampung Pandan 'A', Kampung Pandan 'B' dan Kampung Pandan 'C' ialah KA1931, KA2931 dan KA2131.[3] Kampung Pandan juga merupakan sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Kampung Pandan, sebahagian kawasan Mumong dan Pekan Kuala Belait adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, badan pentadbir pekan tersebut.[perlu rujukan] KemudahanPerumahanSelain daripada kediaman persendirian dan perumahan swasta, Kampung Pandan juga menempatkan Perumahan Negara Pandan, salah satu kawasan perumahan awam di Brunei di bawah program Rancangan Perumahan Negara. Program ini memberi peluang kepada rakyat Brunei untuk memiliki kediaman sendiri.[4] PendidikanTerdapat dua buah sekolah menengah di Kampung Pandan, iaitu Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali. Sekolah Menengah Sayyidina Ali juga menempatkan pendidikan tingkatan enam bagi Daerah Belait. Kampung Pandan juga mempunyai dua buah sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien. Manakala pendidikan rendah agama Islam, yang wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei,[5] disediakan di Sekolah Ugama Pengiran Setia Jaya Pengiran Abdul Momin dan Sekolah Ugama Sayyidina Ali.[6] Masing-masing berkongsi tempat dengan sekolah rendah dan sekolah menengah dengan nama-nama yang serupa. Tempat beribadatKampung Pandan mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampong Pandan. Masjid ini mula digunakan pada tahun 1996 dan dapat menampung lebih kurang 1,100 jemaah.[7] Lain-lainTerdapat sebuah perpustakaan awam di Kampung Pandan: Perpustakaan Kampong Pandan dibuka rasmi pada tahun 2006 dan mempunyai sebuah koleksi bahan bacaan khusus berkaitan dengan Syarikat Minyak Brunei Shell.[8] Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan merupakan sebuah dewan serbaguna bagi penduduk Kampung Pandan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Lihat jugaRujukan
Information related to Kampung Pandan, Brunei |
Portal di Ensiklopedia Dunia