Kampung Melayu Niyor
Kampung Melayu Niyor (Jawi: کامڤوڠ ملايو نيور) sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Mukim Niyor, Kluang, Johor, Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 372 orang. Nama Niyor diambil bersempena terdapatnya banyak pokok nyior di kawasan kampung ini. LokasiKampung ini terletak sejauh 9 km dari pekan Kluang. Kampung Melayu Niyor 100 km ke selatan dari Lapangan Terbang Senai Johor, dan 270 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Terdapat landasan kereta api KTM Gemas-JB yang masih beroperasi di kampung ini sehingga hari ini. ![]() SejarahKampung Melayu Niyor telah dibuka pada tahun 1960 an. Sebelum itu, penduduk asal kampung ini tinggal berselerak di kawasan kebun getah yang dinamakan Kampung Degong (Jawi: کامڤوڠ دݢوڠ ). Semasa zaman darurat, penduduk Melayu di kampung berkenaan dikumpulkan setempat di Ladang CEP Niyor bersama-sama penduduk ladang (kebanyakkan kaum India) dan kaum Cina bagi mengelakkan perhubungan antara penduduk kampung dengan Komunis. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah dilakukan, dan penduduk dikenakan perintah berkurung pada waktu malam dan dengan kebenaran pergerakan yang terhad pada waktu siang. Ketika era ini, satu peristiwa bersejarah telah berlaku apabila komunis telah membakar balai polis yang terdapat di kawasan ini berhampiran landasan dan bekas stesen api. Tempat kejadian tersebut masih tidak dibangunkan sehingga sekarang. Selepas ancaman komunis ketika itu semakin terkawal, penduduk telah membuat permohonan untuk membuka perkampungan yang baru. Kerajaan telah meluluskan penempatan baru tersebut di satu kawasan berhampiran dengan stesen keretapi. Kawasan seluas 10 ekar tersebut telah dijadikan tanah lot perumahan dan dinamakan sebagai Kampung Melayu Niyor. Ketua kampung yang pertama adalah Tn. Hj Shawal bin Ahmad. Beliau berkhidmat sebagai ketua kampung yang pertama hingga 30 April 2004. Ketua kampung kedua ialah Tn, Hj Shoparwe bin Marto yang bertugas mulai 1 Disember 2004 sehingga 25 Oktober 2015. Kini, Kampung Melayu Niyor dipimpin oleh Haji Nordin bin Miskam, seorang bekas guru besar, yang memulakan tugas mulai 13 April 2016. Haji Nordin merupakan Ketua Kampung Melayu Niyor yang ketiga. Ekonomi TempatanRata-rata penduduk kampung bekerja di ladang kelapa sawit NPE dan bertani. Selain itu, perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) semakin merancak dan berkembang dalam kalangan penduduk kampung. Antara IKS tempatan ialah: ![]()
Demografi PendudukJumlah penduduk kampung ialah 372 orang (184 orang lelaki dan 188 orang perempuan). Majoriti penduduk kampung ini berketurunan Melayu dan Jawa. Populasi terbanyak adalah di peringkat umur 41-64 tahun, bersamaan dengan 29%.
Prasarana & Kemudahan Kampung
VisiMenjadikan Kampung Melayu Niyor Maju, Makmur, Selamat dan Ceria menjelang 2020. MisiMemperkembangkan potensi penduduk kampung ke arah kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat. ObjektifMengekalkan kepimpinan kampung dan bermufakat Meningkatkan ekonomi masyarakat kampung Menjadikan kampung bersih dan ceria Mengekalkan kebudayaan dan kesenian yang diwarisi masyarakat. Matlamat
Warisan & Budaya
PoskodPoskod yang digunakan di Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor adalah 86000.[1]
RujukanPautan luarInformation related to Kampung Melayu Niyor |
Portal di Ensiklopedia Dunia