Kampong Bharu
Kampong Bharu ialah sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. SejarahKampong Bharu telah ditubuhkan pada oleh pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama. Kampong Bharu telah diiktiraf sebagai penempatan komuniti Melayu melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 melalui rizab Penempatan Pertanian Melayu (M.A.S) di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 yang dikawal melalui penghuniannya dan pengurusan M.A.S (Warta Selangor No. 21/1900).[1] Kampung Baru mempunyai keluasan 220 ekar.[2] Ia dibuka pada 1900 sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Jumaat. Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang. Mercu tanda terkenal
Penduduk terkenal
Kemudahan asasPendidikanIsu dan tengkarahPembangunan semulaPembangunan semula Kampong Bharu sentiasa menjadi isu dalam politik Malaysia. Pelbagai usaha pembangunan kampung terbantut dan terbengkalai kerana penduduk kurang yakin . Biasanya pemaju swasta memberi nilaian tanah yang rendah dan tidak berbaloi. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan menyediakan kertas pembangunan semula. Beliau sendiri akan berdailog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas cadangan itu. Penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka. Tanah diserahkan kepada kerajaan dan akan dibangunkan. Najib mendengar taklimat daripada ahli Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampong Bharu.[3] Ciri kebudayaan Melayu dan legasi unik kawasan ini akan dipertahankan. Ini termasuklah bangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera. RM2 juta diperuntukkan untuk mengecat bangunan dan membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampong Bharu yang dilihat kotor dan daif.[4] Ia dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) .[5] Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah ditubuhkan melalui peruntukan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733] yang berfungsi sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampong Bharu. PKB secara rasminya mula beroperasi pada bulan Julai 2012.[1] Rujukan
Information related to Kampong Bharu |
Portal di Ensiklopedia Dunia