Kampung Raja
Kampung Raja (bahasa Melayu Besut: Kapong Ghajo) juga dikenali sebagai Kota Putera merupakan sebuah bandar yang terletak dalam Mukim Kampung Raja, Daerah Besut, negeri Terengganu. Bandar ini merupakan ibu kota Daerah Besut. Kampung Raja merupakan salah sebuah mukim di daerah Besut dan merupakan pusat pentadbiran di situ. Pada suatu masa dahulu, Kampung Raja merupakan perkampungan raja. Terdapat istana yang dibina di situ sebelum dipindahkan ke Muzium Kuala Terengganu. Pada masa kini, hanya istana lama yang tinggal di Kampung Raja yang dipanggil Istana Tengku Long manakala di tepi sungai Besut terdapat sebuah penempatan penduduk yang dikenali sebagai Kampung Lama terletak di dalam Bandar Kampung Raja.[perlu rujukan] Kemudahan asasDi Bandar Kampung Raja teletaknya beberapa buah Pejabat Kerajaan iaitu Bangunan Persekutuan Daerah Besut, Pejabat Majlis Daerah Besut, Pejabat Agama Daerah Besut dan banyak lagi. Di hari Isnin 10 Disember 1962, sebuah pejabat pos yang berharga RM 45,000 telah dirasmikan oleh Dato' Ibrahim Fikri selaku Menteri Besar Terengganu.[2] Pendidikan
Tempat beribadat
PoskodPoskod yang digunakan di adalah 22200. N 02 Kota PuteraKota Putera ialah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu yang dalam Parlimen Besut,Terengganu,Malaysia,Adun Kota Putera sejak PRU 14 ialah YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dari PAS. Rujukan
Pautan luar
Information related to Kampung Raja |
Portal di Ensiklopedia Dunia