Kampung Tepoh
Kampung Tepoh merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, ianya terbahagi kepada beberapa kampung kecil antaranya Kampung Baru Tepoh, Kampung Baloh Tepoh, Kampung Teluk Tepoh, Kampung Seberang Tepoh dan Kampung Raja Tepoh. Kampung Tepoh terletak di dalam negeri Terengganu Darul Iman, iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur. Masjid Kampung Tepoh, Surau Kampung Tepoh, SK Bukit Nanas, PPR Kuala Nerus adalah antara tanda tempat (landmark) di Kampung Tepoh. Terengganu pula merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3] Kemudahan asasPendidikanTempat beribadatPoskodPoskod yang digunakan di Kampung Tepoh, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21060.[4]
Rujukan
Pautan luarInformation related to Kampung Tepoh |
Portal di Ensiklopedia Dunia