Kampung Mumong
Kampung Mumong ialah sebuah kampung di Daerah Belait, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Kuala Belait, dan juga sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Kampung Mumong merangkumi kampung asal dan kawasan perumahan awam Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Mumong. Kampung ini mempunyai jumlah penduduk seramai 9,740 orang pada tahun 2016.[2] PentadbiranPada masa ini Kampung Mumong secara rasmi dipecahkan kepada dua bahagian pentadbiran kampung iaitu Kampung Mumong 'A' dan Kampung Mumong 'B', dan mereka merupakan antara kampung-kampung di bawah Mukim Kuala Belait. Sebelum ini Kampung Mumong dibahagikan kepada Kampung Mumong Utara dan Kampung Mumong Selatan. Setiap pecahan kampung merupakan kawasan banci dan mempunyai poskod sendiri.
Walau bagaimanapun, pada masa ini kedua-dua kampung adalah di bawah tanggungjawab seorang ketua kampung; penjawat semasa ialah Mohd Yusof bin Dulamin.[1][4] Kampung Mumong juga merupakan sebahagian dari kawasan bandaran Pekan Kuala Belait. Sebahagian kawasan Kampung Mumong, serta Kampung Pandan dan Pekan Kuala Belait adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, badan pentadbir pekan tersebut.[perlu rujukan] InfrastrukturPerumahanKampung Mumong ialah terletaknya STKRJ Mumong, salah sebuah kawasan perumahan awam di Brunei di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Skim ini memberi peluang khusus kepada rakyat jati Brunei untuk memiliki kediaman sendiri.[5] Lain-lain
Lihat jugaRujukan
Information related to Kampung Mumong |
Portal di Ensiklopedia Dunia