A. Samad Said
Dato' Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said (lahir 9 April 1935)[1][2] ialah seorang penulis dan penyair Malaysia. Pada Mei 1976, beliau dinamakan oleh komuniti kesusasteraan Malaysia dan banyak ahli bahasa negara sebagai Pejuang Sastera dalam dekad berikut, di Anugerah Penulis S.E.A. 1976 dan, pada tahun 1986, sebagai penghargaan tulisan dan sumbangan berterusannya kepada warisan sastera negara, atau Kesusasteraan Melayu, Sasterawan Negara. Pada tahun 2015, beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).[3] Kehidupan awalBeliau dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita Batu Belah Batu Bertangkup. A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Heights dan Almayer’s Folly. Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik. KerjayaMulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times. A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah. Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina. Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema sebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu. Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura. Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946). Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984). Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang. Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad, pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya. BibliografiKarya diterbitkan
Novel remaja dan kanak-kanak
Cerpen
Puisi
Drama
Esei dan kritikan
Autobiografi
Umum
KontroversiGerakan Mansuh PPSMIDatuk Seri A. Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).[4][5] Beliau percaya penentangan seperti itu diperlukan untuk mengelakkan kemerosotan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.[6] Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.[7] Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[8] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara. Bersih 2.0 2011Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato' Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan.[9][10] Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[11] Bersih 3.0 2012Datuk Seri A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan] Kehidupan peribadiIsteri Abdul Samad, Salmi Manja meninggal dunia pada 26 Disember 2023, pada usia 86 tahun. Anugerah dan pencapaian
Penghormatan
Rujukan
Pautan luarInformation related to A. Samad Said |
Portal di Ensiklopedia Dunia