A. Halim
Datuk Abdul Halim bin Mohammad Diah atau lebih dikenali sebagai A. Halim (12 Oktober 1947 – 9 Mei 2024) merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura dan Malaysia. Abdul Halim dilahirkan pada 12 Oktober 1947. Beliau turut menyanyi bersama beberapa kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De' Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma. Abdul Halim turut merakamkan banyak album dengan beberapa syarikat rakaman, antaranya adalah Suria, TNA, MMI, dan Life. Beliau bersara dari jawatan Penolong Pengurus Kewangan di Johor Port Berhad 2007. Beliau telah meninggal dunia akibat sesak nafas pada 9 Mei 2024. Album
Lagu-laguAntara lagu-lagunya adalah:-
Information related to A. Halim |
Portal di Ensiklopedia Dunia