The Birth of a Nation (filem 2016)
The Birth of a Nation merupakan sebuah filem drama sejarah Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 2016. Merupakan filem berkenaan Nat Turner, seorang hamba yang mengetuai pemberontakan hamba di Southampton County, Virginia, pada tahun 1831. PengarahDitulis, diterbitkan dan diarah oleh Nate Parker, filem ini dibintangi oleh Parker sendiri sebagai Turner, bersama-sama dengan Armie Hammer, Aja Naomi King, Jackie Earle Haley, Penelope Ann Miller dan Gabrielle Union. Parker telah berjaya mendapatkan $8.5 juta sebagai bajet produksi dan memulakan pengambaran pada Mei 2015 di Georgia, A.S. TriviaFilem ini telah mula ditayangkan di Festival Filem Sundance 2016 pada 25 Januari 2016. Manakala Fox Searchlight Pictures telah membeli hak cipta filem ini dengan tawaran sebanyak $17.5 juta, tawaran terbesar pernah dilakukan. Filem ini telah memenangi Anugerah Penonton dan Hadiah Utama Juri bagi Pertandingan Dramatik A.S. Filem ini telah ditayangkan di Amerika Syarikat pada 7 Oktober 2016 oleh dan mendapat pungutan tiket sebanyak $16 juta. SinopsisFilm ini mengangkat kisah sebenar seorang hambar bernama Nat Turner, pada tahun 1831 menjadi orang paling berkaya dalam kalangan para hamba dalam melakukan pemberontakan di Amerika Syarikat. Melihat banyak kekejaman yang dilakukan terhadap dirinya dan hamba-hamba yang lain, Nat telah mengumpul pengikutnya yang percaya bahawa dia telah dipilih oleh Tuhan dan memulakan pemberontakan pembebasan orang kulit hitam di Virginia pada tahun 1831. Pelakon
Rujukan
Pautan luarInformation related to The Birth of a Nation (filem 2016) |
Portal di Ensiklopedia Dunia