A Poem a Day (Hangul: 시를 잊은 그대에게code: ko is deprecated ; RR: Sireul Ijeun Geudaeege; terjemahan kasar Anda Yang Lupa Puisi) adalah sebuah siri televisyen Korea Selatan bertemakan perubatan yang disiarkan pada 2018 yang dibintangi oleh Lee Yu-bi, Lee Joon-hyuk dan Jang Dong-yoon. Ia disiarkan di tvN pada hari Isnin dan Selasa pada slot waktu 21:30 KST dari 26 Mac hingga 15 Mei 2018. [1][2][3][4]
Sinopsis
Kisah kehidupan orang yang bekerja di hospital seperti ahli terapi fizikal, ahli terapi pemulihan, radiografi, jururawat, pelatih perubatan dan banyak lagi.
Pelakon
Utama
Lee Yu-bi sebagai Woo Bo-young, ahli terapi fizikal yang telah bekerja selama tiga tahun yang ingin menjadi penyair.
Lee Joon-hyuk sebagai Ye Jae-wook, seorang profesor terapi fizikal.
Ahn Do-gyu sebagai Ye Jae-wook muda
Jang Dong-yoon sebagai Shin Min-ho, pelatih terapi fizikal.
Dalam jadual diatas, nombor biru mewakili kadar terendah manakala nombor merah mewakili kadar tertinggi.
N/A bermaksud kadar tontonan tidak diketahui.
Drama ini bersiaran di saluran kabel/TV berbayar yang mempunyai sasaran penonton yang kecil berbanding TV percuma/penyiar awam (KBS, SBS, MBC & EBS).
Siaran antarabangsa
Di Malaysia, ia disiarkan di 8TV setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10:30-11:30 malam mulai 26 April 2018, kemudian setiap hari Sabtu dari jam 7:00-8:00 malam mulai 12 Mei 2018. Waktu tayangan dibawa ke jam 6:00-7:00 malam dari 9 Jun dan seterusnya hingga 1 September 2018 untuk memberi laluan kepada drama Blue Veins .
Di Indonesia, drama ini ditayangkan di Sony One mulai 23 Oktober 2018. [12]
Catatan
^Kerana beberapa kadar tontonan tidak direkodkan, kadar purata tepat tidak dapat diketahui.