A. Ubaidillah Alias ialah seorang penulis kelahiran Kelantan. Dua buah novel karya beliau telah diangkat menjadi drama bersiri yang disiarkan di TV AlHijrah. Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob[1].
Kehidupan peribadi
Ubaidillah dilahirkan di Salor dan dibesarkan di Kampung Belukar, Cabang Tiga Pendek, Kelantan. Beliau pernah bersekolah di Maahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat Pulai Chondong. Kemudiannya beliau mengambil ijazah dalam jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[2]
Beliau telah berkahwin dengan Siti Hawa Faisal yang merupakan graduan syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan mendapat tiga orang cahaya mata daripada perkahwinan tersebut, iaitu Khadijah Mukhlisah, Amin Mukhlis, dan Ammar Mukhlis.
Kerjaya
Beliau dahulunya merupakan guru al-Quran di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat, Kelantan sehingga tahun 2009. Kemudian beliau menyambung tugasan sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sehingga 2019, sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan pada 9 Januari 2019[1].
Di samping itu beliau menulis cerpen dan novel bagi beberapa syarikat penerbitan di Malaysia seperti PTS Media Group, Telaga Biru dan Karnadya. Beliau juga berkesempatan menulis skrip dua buah drama yang diadaptasi daripada novel tulisannya sendiri iaitu "Warkah Cinta" dan "Cinta dan Wahyu". Dua drama ini disiarkan di TV AlHijrah. Beliau juga menulis skrip bagi dua telemovie iaitu "Cinta Kun Fayakun" yang disiarkan di TV AlHijrah dan "Setulus Cinta Aqilah" yang disiarkan di Astro Oasis pada 2014.
Karya
A. Ubaidillah Alias (2015). Ustaz Nok Tolong Lah Ni. Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN9789674490041.
A. Ubaidillah Alias (2015). Apabila remaja bercinta...ceritera 3 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN9789674491383.
A. Ubaidillah Alias (2014). Apabila muslimah bertanya...tentang aurat (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN9789670604817.
A. Ubaidillah Alias (Ogos 2013). Melukis Syurga. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN9789673881352.
A. Ubaidillah Alias (Mac 2013). Rahsia Cintaku: Kumpulan cerpen. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN9789673881192.
A. Ubaidillah Alias (2013). Kala Cinta dan Wahyu Bersatu. Batu Caves: PTS Litera. ISBN9789833892815.
A. Ubaidillah Alias (2013). Apabila Remaja Bercinta... alkisah 2 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN9789670604244.
A. Ubaidillah Alias (2013). Apabila Remaja Bercinta... 1 (Ustaz Cinta Menjawab). Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd. ISBN9789670604114.
A. Ubaidillah Alias (April 2012). Ingin Menjadi Penulis?. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN9789673880768.
A. Ubaidillah Alias (Mac 2011). Cinta Kun Fayakun: Kumpulan cerpen. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN9789673880287.
A. Ubaidillah Alias (2011). Cinta Kembali Bertasbih. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd. ISBN9789675783791.
A. Ubaidillah Alias (Mac 2010). Kala Cinta & Wahyu Bersatu. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd. ISBN9789833892815.
A. Ubaidillah Alias (2010). Menyeru kepada Allah: Panduan untuk Pendakwah Muda. Petaling Jaya: Kemilau Publika Sdn Bhd. ISBN9789675515071.
A. Ubaidillah Alias (Februari 2010). Kompas Cinta: Panduan Remaja Melakar Cinta Dihatinya. Petaling Jaya: Rijal Media. ISBN9789675515064.
A. Ubaidillah Alias (Januari 2010). Sakinah : Sumber Ketenangan dan Keberkatan Dalam Hidup. Petaling Jaya: Kemilau Publika Sdn Bhd. ISBN9789673610020.
A. Ubaidillah Alias (2009). Mengintai Cinta Khalifah. Batu Caves: PTS Litera Utama Sdn Bhd.
A. Ubaidillah Alias (2009). Aku mahu jatuh cinta : Tapi... dengan siapa?. Bandar Baru Bangi: Karnadya Publishing Sdn Bhd. ISBN9789833316878.