"Desired Constellation" (Mix School Of Emotional Engineering Ben Frost) "Vökuró" (Mix Gonzales)[1]/(Mix VV)[2] "Mouth's Cradle" (Penggubahan semula oleh ensembel)
"Desired Constellation" (Mix School Of Emotional Engineering Ben Frost)
"Triumph Of A Heart" (Mix Audition)
"Vökuró" (Mix Gonzales) / (Mix VV)
"Mouth's Cradle" (Penggubahan semula oleh ensembel)
Keluaran promosi DVD
"Triumph Of A Heart" (Versi video)
Cakera padat maxi Eropah
"Triumph Of A Heart" (Mix Audition)
"Vökuró" (Mix Gonzales) / (Mix VV)
"Mouth's Cradle" (Penggubahan semula oleh ensembel)
"Desired Constellation" (Mix School Of Emotional Engineering Ben Frost)
"Triumph Of A Heart" (Suntingan radio)
Keluaran DVD promosi Greece
"Triumph Of A Heart"
Di sebalik tirai video muzik "Triumph Of A Heart"
Video muzik
Björk menari dengan "suami" kucingnya.
Video muzik "Triumph Of A Heart" telah diarah oleh Spike Jonze[2]. Dalam video ini, Björk berasa bosan dengan "suaminya" (seekor kucing) dan telah dari rumahnya untuk berseronok di luar. Beliau telah memasuki sebuah kedai minuman di mana lagu berhenti dan para pelanggan (termasuk Dokaka) menyertai Björk dalam sebuah persembahan istimewa untuk video ini. Björk, yang dalam keadaan mabuk kemudiannya berjalan kaki untuk balik ke rumahnya, di mana pada pertengahan jalan suaminya telah datang untuk menjemputnya. Setibanya di rumah mereka bercumbu (menandakan bangkitnya semula kasih sayang) dan suaminya membesar dari saiz kucing ke saiz manusia. Babak terakhir menunjukkan Björk menari dengan suaminya.
Sebuah dokumentari sebalik tirai bagi video muzik ini telah didokumentasikan sebagai ciri bonus di dalam DVDThe Medúlla Videos. Menurut segmen "making of" yang dimasukkan di dalam DVD tersebut, babak di mana Björk yang mabuk jatuh telah dirakam oleh seorang pelakon lagak ngeri. Ciri tersebut menmfokuskan uji bakat bagi watak-watak pelanggan kedai minuman yang harus berupaya untuk membuat bunyi-bunyian yang diperlukan untuk lagu tersebut.
Kejayaan dalam carta
Single yang dilancarkan pada 28 Februari2005 di UK ini telah berjaya mencapai kedudukan 31.
Carta
Kedudukan tertinggi
Carta Single Sepanyol
6
Carta Single UK
31
Carta Single Perancis
63
Billboard European Hot 100 Singles Amerika Syarikat
63
Carta Single Eropah
90
Lirik lagu
Lirik lagu "Triumph Of A Heart" yang ditulis oleh Björk ini banyak menyebut nama organ-organ badan dan bahagian badan. Lagu ini telah menggunakan badan manusia sebagai suatu metafora untuk hubungan, di mana pelbagai organ dan bahagian tersebut berfungsi dengan harmoni ke mereka "saling mencintai" antara satu sama lain.
Berikut adalah senarai nama bahagian badan yang disebut dalam lagu ini[2][6][10].
Saya rasa liriknya adalah tentang, meraikan tubuh badan kita, sel-sel membuat pelbagai "coaster rides", turun dan naik, badan anda dan darah dan peparu, pada asasnya nyanyi, beatbox, nyanyian kerongkong atau yodel atau menampar badan, apa-apa sahaja yang anda buat. Lagu tersebut adalah seperti meraikan itu sebenarnya.[11]
Saya selalu fikir yang saya berkata sesuatu dengan terus-terang dan jujur. Mungkin kerana, beberapa tahun ini saya telah menggunakan banyak khidmat perubatan alternatif seperti akupunktur. Saya mungkin secara umumnya berminat pada benda-benda Cina. Tetapi lagu tersebut sebenarnya mengenai ini kerana - saya tidak tahu jika anda memahaminya - tetapi saya mempunyai kecenderungan untuk menghabiskan tenaga ginjal saya. Itu ialah kelemahan saya. Dan jika anda menghentak tumit anda pada bumi, anda akan dapat menghantar semula tenaga ginjal tersebut. Jadi saya cuba untuk membuat sebuah rangkap tentang itu, sebuah tentang oksigen dan sebuah tentang saraf.[12]