Star to a Young Culture
Star to a Young Culture adalah album single debut pertama oleh kumpulan wanita Korea Selatan, STAYC. Album ini dikeluarkan pada 12 November 2020 oleh High Up Entertainment dan diedarkan oleh Kakao M.[2] Album single ini terdiri daripada dua buah lagu dengan single utama "So Bad" yang kedua-duanya dihasilkan oleh Black Eyed Pilseung. Latar belakang dan pelancaranPada 11 Oktober, High Up Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan wanita pertama mereka "STAYC" akan memulakan debutnya pada 12 November 2020.[3] Semua ahli kumpulan diumumkan antara 8 September dan 22 Oktober. Tajuk album single mereka diumumkan sebagai Star To A Young Culture dengan single utama "So Bad".[2] Jadual teaser dikeluarkan pada hari yang sama. Album ini diumumkan akan dihasilkan oleh Black Eyed Pilseung dan duo ini menggambarkan suara kumpulan ini sebagai "Teen Fresh (Remaja Segar)", gabungan "Teen (Remaja)" dan "Fresh (Segar)", menyoroti "unique individual vocal colors (warna vokal individu unik" kumpulan).[4] Untuk mempromosikan album, kumpulan ini mempersembahkan single utama mereka "So Bad" dan B-side "Like This" melalui showcase debut VLIVE.[5] kumpulan ini membuat debut pertunjukkan muzik mereka di KBS Music Bank pada 13 November 2020,[6] dan diikuti dengan persembahan di Show Champion, Inkigayo dan The Show. Single"So Bad" dikeluarkan sebagai single utama dan tajuk bersama album single pada 12 November 2020. Video muzik untuk lagu ini mendapat lebih daripada 2.6 juta tontonan dalam 24 jam pertama.[6] Lagu ini muncul di nombor 90 di Billboard's K-pop Hot 100 kemudian memuncak di nombor 82 dan nombor 21 di carta World Digital Song Sales.[7] Lagu ini juga memuncak di nombor 159 di Chart Digital Gaon Korea. Prestasi komersialAlbum single ini terjual lebih dari 4.300 salinan pada hari pertama, yang paling banyak untuk kumpulan wanita yang membuat debut mereka pada tahun 2020.[6] Ia terus terjual lebih dari 10,000 salinan pada minggu pertama, menjadi album debut pertama oleh kumpulan wanita pada tahun 2020 yang melakukannya.[8] Selepas memulakan debutnya di nombor 17, Album single ini terus memuncak di nombor 6 di Gaon Album Chart Korea. Kumpulan ini juga berjaya mendapat lebih daripada 30 ribu penstream dan lebih daripada 10 ribu pendengar unik di Genie Music. Senarai runut※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu. Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Black Eyed Pilseung dan Jeon Goon dan disusun oleh Rado.
Penghargaan
Carta
Pengiktirafan dan penjualan
Sejarah pelancaran
NotaRujukan
Pautan luarInformation related to Star to a Young Culture |
Portal di Ensiklopedia Dunia