SingleDalam muzik, single atau rakaman single adalah salah satu keluaran, biasanya sebuah rakaman lagu dengan runut yang lebih sedikit daripada rakaman LP[1] atau album. Ia boleh dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai dalam pelbagai format. Dalam kebanyakan kes, single ialah lagu yang dikeluarkan secara berasingan daripada album, walaupun biasanya juga muncul dalam album, dan dalam kes lain, rakaman tersebut mungkin tidak muncul pada album. Walaupun dirujuk sebagai single dalam era muat turun muzik, single boleh disertakan sebanyak tiga buah lagu. Pengedar muzik digital terbesar, iTunes Store menerima sehingga tiga lagu berdurasi kurang daripada sepuluh minit setiap satu sebagai single. Mana-mana rakaman dengan lebih daripada tiga lagu pada keluaran muzik atau jumlah durasi tiga puluh minit merupakan extended play (EP) atau jika lebih enam lagu sebagai album.[1] Dari segi sejarah, apabila muzik arus perdana dibeli melalui rakaman vinil, single akan dikeluarkan dua sisi, iaitu terdapat sisi A dan sisi B, di mana satu lagu akan muncul pada setiap sisi.[2] BudayaDi Korea SelatanDalam muzik Korea Selatan, peristilahan untuk "album" dan "single" adalah unik dan termasuk satu istilah tambahan, album single. Dalam penggunaan kontemporari, istilah "album" merujuk kepada rakaman dengan panjang LP tanpa mengira medium, tetapi sebaliknya di Korea Selatan, ia menandakan rakaman muzik dengan sebarang panjang yang dikeluarkan secara khusus pada media fizikal. Suatu "album single" merujuk kepada pelancaran fizikal (seperti CD, LP atau media lain) yang biasanya terdiri daripada satu hingga tiga runut, manakala "single" hanya mengandungi satu lagu, biasanya penstriman digital atau muat turun.[3] Walaupun istilah "album single" dan "single" adalah serupa dan kadang kala mungkin bertindih, mereka biasanya dianggap dua jenis pelancaran berlainan di Korea Selatan. Dalam konteks barat, "album single" sebaliknya akan dipanggil sebagai "single" atau "extended play", bergantung pada panjangnya. Sebagai suatu jenis pelancaran yang berbeza, album single dibangunkan semasa era CD pada 1990-an. Album single dipasarkan sebagai suatu alternatif yang lebih berpatutan berbanding album CD penuh.[4] Carta Album Circle menjejak kesemua album yang dikeluarkan sebagai media fizikal (diterangkan sebagai media "luar talian"). Oleh itu, album single akan bersaing bersama dengan album studio dan album mini di dalam carta, walaupun album tersebut mempunyai satu lagu sahaja. Carta Digital Circle yang menjejak muat turun dan penstriman runut tunggal dianggap sebagai carta "single" rasmi. Lihat jugaRujukan
Bacaan lanjut
Information related to Single |
Portal di Ensiklopedia Dunia