A. Ali
A. Ali (lahir Hamdan Atan; 1949 — 21 November 2020) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal sebagai gitaris dan vokalis kumpulan Kembara antara lain turut dianggotai oleh M. Nasir.[1][2] Beliau dikenali kerana sumbangannya terhadap perkembangan industri muzik Malaysia pada era 80-an.[3] BiografiA. Ali dilahirkan di Johor Bahru, Johor.[3] Pada pertengahan 1970-an, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menganggotai kumpulan Sweet Charity bersama Ramli Sarip, kemudian dipelawa oleh M. Nasir menyertai kumpulan Kembara bersama-sama S. Sahlan.[4] Sebagai komposer berprolifik, Ali telah membantu menaikkan nama-nama penyanyi terkenal tempatan termasuk Rohana Jalil menerusi lagu "Resahku", Wann menerusi lagu "Lamunan Hati" dan Francesca Peter menerusi lagu "Diriku Terbelenggu". Lagu "Menaruh Harapan" ciptaanya dan dipersembahkan oleh Zaiton Sameon telah memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.[1] Beliau juga pernah bekerjasama bersama John Goh dengan menubuhkan kumpulan Pelangi pada 1984.[5] Kumpulan ini mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Biarku Menjadi Lilin".[1] Beliau kemudian menubuhkan syarikat rakaman sendiri, A. Ali Production House (APH).[6] Pada November 2014, beliau bersama Kembara mengadakan persembahan di malam Gala Konsert Hati Emas Kembara yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.[1] Beliau meninggal dunia semasa tidur pada 21 November 2020 di kediamannya di Semenyih, Selangor tanpa menghidap sebarang penyakit kronik. Beliau meninggalkan isteri, Latifah Khamis, sembilan anak dan 10 cucu.[7][8] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas solat Zohor.[9][3] Rujukan
Pautan luarInformation related to A. Ali |
Portal di Ensiklopedia Dunia