A. Rahman Mohd
A. Rahman Mohd merupakan salah seorang penyanyi sekitar tahun 1960-an. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran. A. Rahman Mohd pernah menghasilkan album piring hitam dengan diiringi pemuzik kumpulan The Fabulous Orchids yang berasal dari Pontian, Johor. Album tersebut mengandungi dua lagu berentak perlahan dan dua lagu berentak rancak, yang merupakan kebiasaan bagi rekod yang dihasilkan di Malaysia dan Indonesia masa itu. Album itu dihasilkan dibawah label The Playboy yang dimiliki oleh Syarikat Rakaman Ngee Fat (Record Company). Lagu-lagu
AlbumPautan luarInformation related to A. Rahman Mohd |
Portal di Ensiklopedia Dunia