Robert A. Heinlein
Robert Anson Heinlein [ro-bĕrt aen-son hain-lain] / [ˈhaɪnlaɪn][2][3][4] 7 Julai 1907 – 8 Mei 1988) ialah seorang penulis cereka sains, jurutera aeronautik dan pegawai tentera laut dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengutamaan fakta tepat berkaitan bidang sains disentuh dalam penkgaryaan cereka sains; penulisannya juga antara antara pelopor cereka sains sebagai suatu genre yang tersendiri terutamanya dalam subgenre cereka sains keras. (hard science fiction).[5] BiografiAwal hidup dan pendidikanRobert lahir pada 7 Julai 1907 di Butler, Missouri; beliau anak ketiga daripada tujuh adik-beradik kepada Bam Lyle Heinle dan Rex Ivar Heinlein, seorang akauntan. Keluarganya keturunan Jerman dan pernah terlibat dalam peperangan besar di Amerika Syarikat sejak zaman Revolusi menentang pihak British.[6] Beliau dibesarkan di Kansas City, Missouri.[7] Setelah Robert menamatkan persekolahannya di Central High School, Kansas City tahun 1924, beliau memilih menjadi seorang pegawai dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Beliau asalnya dihalang memasuki Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland kerana abangnya Rex turut memasuki maktab tersebut - akademi ini tidak membenarkan beberapa ahli dalam sesebuah keluarga mendaftar sekaligus. Robert meneruskan pengajiannuya secara matrikulasi dalam Kansas City Community College serta membuat permohonan kepada senator negerinya, James A. Reed agar beliau dibenarkan memasuki maktab tersebut. Beliau akhirnya dapat masuk akademi ini pada Jun 1925 dengan bantuan dan ihsan Thomas Pendergast, seorang ahli politik yang terkenal dengan sistem naungan politik sulitnya.[8] Kerjaya dalam tenteraBeliau dianugerahkan ijazah setaraf Sarjana Seni dalam bidang kejuruteraan dari akademi tersebut pada tahun 1929; beliau menduduki tempat kelima secara akademik tetapi tempat ke-20 daripada keseluruhan 243 akibat tindakan displin.[9] Beliau dipilih bekerja sebagai seorang ensain dalam Tentera Laut dan ditugaskan dalam bahagian komunikasi radio kapal induk pesawat udara USS Lexington (CV-2). Beliau dinaikkan pangkat sebagai seorang leftenan gred junior pada tahun 1931. Pengalamannya dalam sebagai seorang askar tentera laut banyak mempengaruhi perwatakan dan penulisannya. Kerjaya penulisanSenja hidupPenulisanBeliau merintis konsep cereka spekulatif (speculative fiction) sebagai pembeza kepada jenis cereka sains yang menampilkan fakta saintifik yang tepat dan konsisten berbanding cereka sains lain yang cenderung lari daripada pengetahuan pada zamannya lalu lebih kepada fantasi berlatar sains; beliau turut menghasilkan istilah yang menggambarkan konsep di atas. Biblografi terpilihNovel
Cerita pendek
EseiAnugerah dan penghormatanHeinlein semasa hayatnya menerima memenangi Anugerah Hugo sebanyak empat kali (untuk Double Star, Starship Troopers, Stranger in a Strange Land dan The Moon Is a Harsh Mistress) serta dicalonkan untuk Anugerah Nebula sebanyak empat kali (untuk Stranger in a Strange Land, Friday, Time Enough for Love dan Job: A Comedy of Justice).[10] Asteroid 6312 Robheinlein (1990 RH4) yang ditemui pada 14 September 1990 oleh H. E. Holt di Palomar dinamakan sempena beliau.[11] The Heinlein Society ("Persatuan Heinlein") ditubuhkan isterinya. Virginia Heinlein. bagi pihak Robert untuk meneruskan legasi beliau melalui pembekalan bahan bacaan, "pengalakkan kajian cendekiaan serta diskusi umum karya dan idea Robert Anson Heinlein". Persatuan ini turut mewujudkan Anugerah Robert A. Heinlein pada tahun 2003 untuk dianugerahkan kepada "karya terbitan cereka sains dan penulisan teknikal luar biasa demi menginspirasikan penerokaan angkasa lepas" ("for outstanding published works in science fiction and technical writings to inspire the human exploration of space"/).[12][13] Rujukan
Pautan luarInformation related to Robert A. Heinlein |
Portal di Ensiklopedia Dunia