Sagittarius A*
Sagittarius A* (disebut "Sagittarius A-Bintang" (Jawi: ساڬيتاريوس إيه بينتڠ ), disingkat Sgr A*) ialah lohong hitam supermasif[3][4][5] di dalam pusat Bima Sakti, berdekatan sempadan buruj-buruj Pemanah (Sagittarius) dan Kala (Scorpius) kira-kira 5.6° selatan ekliptik.[6] Lohong hitam ini sumber radio astronomi yang terang dan padat. Nama lohong hitam ini ada sebab sejarahnya. Huruf A menandakan sumber radio paling terang dalam buruj Pemanah. Tanda bintang ( * ) pada nama lohong hitam ini kerana penemuannya dianggap "menguja",[7] dan dalam fizik atom, tatanama atom teruja ditandakan dengan tanda bintang. Tanda bintang ini diberikan pada tahun 1982 oleh Robert L. Brown[8] yang memahami bahawa pancaran radio terkuat dari pusat galaksi dinampakkan akibat sebuah objek radio tidak terma padat. Pemerhatian beberapa bintang yang mengorbit sekitar Sagittarius A*, terutamanya bintang S2, telah digunakan untuk mencari jisim dan had atas jejari objek. Berdasarkan jisim dan had atas ini, ahli-ahli falak telah menyimpulkan bahawa Sagittarius A* mesti lohong hitam supermasif Bima Sakti.[9] Nilai semasa jisim lohong hitam ini ialah 4.154 (± 0.014) juta jisim matahari.[2] Pada 12 Mei 2022, ahli-ahli falak menyiarkan gambar Sagittarius A* diambil daripada data pemerhatian radio Event Horizon Telescope pada April 2017,[10] gambar ini mengesahkan objek tersebut sebagai sebuah lohong hitam. Gambar ini gambar lohong hitam kedua yang disahkan selepas gambar lohong hitam yang diambil daripada galaksi Messier 87 pada tahun 2019.[11][12] Lihat jugaRujukan
Pautan luar
Information related to Sagittarius A* |
Portal di Ensiklopedia Dunia