A-levelA-level, singkatan bagi Advanced Level, merupakan kelayakan Sijil Am Pendidikan (General Certificate of Education) di United Kingdom, biasanya diduduki oleh pelajar menjelang dua tahun terakhir pada sekolah menengah (pada Tahun 12 & 13 dan lebih dikenali sebagai Tingkatan 6), atau kolej tingkatan 6 (sixth form college) atau kolej melanjutkan pendidikan (further education college), selepas menduduki peperiksaan IGCSE atau GCSE. Kelayakan peperiksaan tersebut diiktiraf oleh seluruh dunia. Peperiksaan ini tidak wajib kepada semua pelajar di England, Wales, dan Ireland Utara. Di Scotland, pelajar biasanya menduduki peperiksaan Higher dan Advanced Higher bagi Sijil Kelayakan Scotland (Scottish Qualification Certificate). Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah tersebut boleh menawarkan A-level kepada pelajar-pelajarnya. A-levels juga diduduki oleh pelajar-pelajar bagi sesetengah negara Komanwel, seperti Pakistan, Caribbean Komanwel, Cyprus, Hong Kong, Mauritius, Sri Lanka, Singapura, Zimbabwe, Malawi, Malta, Zambia dan Afrika Selatan. Di India, sistem yang sama masih digunakan, walaupun nama bagi peperiksaan adalah tidak sama. Oleh kerana perubahan masing-masing bagi sistem-sistem tersebut, peperiksaan-peperiksaan tersebut adalah berbeza dengan A-levels yang diduduki di United Kingdom tetapi piawainya adalah sama. Walau bagaimanapun, GCE A-levels British adalah diduduki oleh semua pelajar di seluruh dunia kerana banyak sekolah antarabangsa memilih sistem British disebabkan peperiksaan di England adalah diiktiraf oleh seluruh dunia. Selain itu, pelajar boleh memilih untuk menduduki peperiksaan yang disediakan oleh badan peperiksaan British di pusat-pusat pendidikan di seluruh dunia. Senarai mata pelajaran yang ditawarkanA
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
P
R
S
T
U
W
GredA-level diberi gred dari A ke E. Setiap gred mempunyai peratus yang spesifik bergantung pada markah Skala Markah Uniform (UMS):
A-level bagi kemasukan universiti BritishOleh sebab pelajar-pelajar A-level biasanya memohon untuk memasuki universiti sebelum mengambil peperiksaan akhir tahun, universiti-universiti British (termasuk universiti-universiti di Scotland yang juga menerima banyak permohonan pelajar A-level) menimbang ramalan keputusan A-level apabila membuat untuk menawarkan tempat kepada pemohon tersebut. Ramalan tersebut dibuat oleh guru-guru bagi pelajar tersebut dan ramalan tersebut mungkin tidak tepat. Oleh itu, penerimaan pelajar untuk mengambil mana-mana kursus bergantung pada pencapaian sebenar gred pelajar tersebut,seperti keputusan mestilah B-B-C bagi sesuatu kursus. Pihak universiti boleh menentukan subjek yang wajib bagi pemohon. Gred-gred A-level juga biasanya dikira dalam bentuk skor markah menerusi sistem kemasukan universiti UCAS. Sebagai contoh, dalam sistem UCAS, bagi setiap gred A dalam A-level berjumlah 120 markah dan setiap gred B adalah 100, setiap gred C adalah 80, dan setiap gred D adalah 60 dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah universiti boleh menentukan bahawa kelayakan pemohon adalah 280 markah. Sistem ini memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pelajar, kerana 280 markah juga boleh dicapai oleh kombinasi gred A-B-D, yang kemungkinan tidak dapat memenuhi kelayakan B-B-C disebabkan mendapat gred D. Sistem markah tersebut juga membenarkan pengiraan markah untuk bidang bukan akademik, seperti gred muzik yang berperingkat tinggi atau kursus kemahiran yang lain. Universiti-universiti yang menawarkan A LevelMalaysiaDi Malaysia, kursus A level adalah antara kursus yang paling mahal berbanding dengan kursus-kursus pra-universiti yang lain. Kursus A Level hanya ditawarkan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan tidak ditawarkan di mana-mana institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Antara IPTS yang menawarkan kursus A level[1] adalah:
Rujukan
Pautan luarInformation related to A-level |
Portal di Ensiklopedia Dunia