Easy A
Easy A (diolah sebagai easy A) ialah filem komedi remaja Amerika Syarikat 2010 ditulis oleh Bert V. Royal, diarahkan oleh Will Gluck dan dibintangi Emma Stone. Lakon layar sebahagiannya diilhamkan dari novel The Scarlet Letter oleh Nathaniel Hawthorne. Menjalani penggambaran di Screen Gems dan di Ojai, California, filem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan menerima ulasan positif. PlotPelajar sekolah tinggi, Olive Penderghast (Emma Stone) mendapati dirinya menjadi mangsa "kilang khabar angin" sekolahnya apabila dia menipu kepada kawan baiknya Rhiannon (Alyson Michalka) tentang pertemuan hujung minggu dengan seorang pelajar tahun pertama kolej. Khabar angin dengan segera merebak tentang pergaulan Olive tetapi dia mengalu-alukan perhatian. Apabila dia bersetuju untuk membantu kawannya yang dibuli dengan berpura-pura tidur dengan dia, imejnya dengat cepat bertukar kepada lebih berahi dan dunianya mula menjadi tidak terkawal. Semasa dia terus membantu lebih ramai rakan kelasnya dan penipuannya terus meningkat, Olive mesti mencari jalan untuk menyelamatkan maruahynay sebelum fanantik agama sekolah, Marianne (Amanda Bynes) berjaya membuatkannya dibuang sekolah dan dia kehilangan peluang untuk mencapai kebahagiaan sendiri. Pelakon
ProduksiPembangunanPenulis skrin, Bert V. Royal mendakwa telah menulis keseluruhan lakon skrin kecuali sepuluh muka surat terakhir dalam masa lima hari.[4] Rancangan Royal adalah untuk mengadaptasi tiga kerja klasik ke dalam filem-filem yang berlaku di sekolah tinggi yang sama supaya sesetengah watak akan muncul dalam lebih daripada satu filem. Selaon The Scarlet Letter yang merupakan bahan sumber untuk Easy A, Royal mahu mengadaptasi Cyrano de Bergerac dan The Mystery of Edwin Drood.[4] Lagu Natasha Bedingfield, "Pocketful of Sunshine", yang menjadi lagu jenaka dalam filem ini tidak berada dalam skrip asal Royal. Menurut Royal, walaupun perkataan "fuck" muncul 47 kali dalam draf asal, yang ditulis sebagai komedi rated-r, kesemuanya telah dipotong daripada filem terakhir. Walau bagaimanapun, pengarah Will Gluck membuat pengambaran dua versi untuk banyak adegan, kedua-duanya dengan dan tanpa bahasa lebih kasar.[4] Walaupun filem itu telah dipotong untuk penonton yang lebih luas, filem ini masih mendapat rating 15 di United Kingdom.[5] PengambaranKeseluruhan filem menjalani pengambaran di Ojai, California. Sekolah "Ojai North High School" di dalam filem adalah Nordhoff High School, juga terletak di Ojai, California. Tayangan![]() Easy A telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010.[6] Media rumahEasy A dikeluarkan secara DVD dan Blu-ray Disc pada Disember 21, 2010.[7] PenerimaanBox officeFilem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan mengutip $6,787,163 semasa hari pembukaan dan $17,734,040 semasa minggu pembukaan.[2] Filem ini mengutip keseluruhan $58,401,464 di Amerika Syarikat dan Kanada serta $16,550,841 di pasaran antarabangsa dengan jumlah keseluruhan $74,952,305.[3] Respons kritikalFilem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik debfab ramai yang memuji lakonan Stone. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 85% berdasarkan 175 ulasan debgan purata skor 7.1/10.[8] Metacritic memberi filem ini skor 72% berdasarkan 34 ulasan daripada pengkritik.[9] Dalam ulasanny, pengkritik filem Chicago Sun-Times, Roger Ebert memberi filem ini tiga setengah daripada empat bintang.[10] Richard Corliss dari majalah Time menamakan lakonan Emma Stone sebagai salah satu daripada 10 Teratas Lakonan Dalam Filem tahun 2010.[11] Anugerah
MuzikRunut bunyi dikeluarkan oleh Madison Gate Records pada September 14, 2010 dan boleh didapati melalui iTunes. Ia mempunyai trek daripada Jessie J, Lenka, Natasha Bedingfield, Kardinal Offishall dan Cary Brothers. Lagu-lagu lain dalam filem tetapi tiada dalam album runut bunyi adalah dari OneRepublic, The Dollyrots, Death Cab for Cutie dan The Pussycat Dolls.[16]
Rujukan
Pautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia