Pesawat ini boleh juga digunakan untuk memberikan kawalan udara hadapan dan memberikan petunjuk kepada lain-lain pesawat penyerang. Pesawat ini adalah pesawat pertama Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk peranan bantuan udara rapat bagi membantu pasukan-pasukan darat.
Nama kapal terbang ini asalnya digunakan untuk pesawat Republic P-47 Thunderbolt yang berkhidmat sebagai pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Pesawat P-47 bukan sahaja cemerlang menjalankan misi mengiring pasukan pesawat pengebom B-17 Superfortress dan B-24 Liberator dalam misi pengeboman ke atas Berlin, tetapi pesawat ini juga menjadi jaguh dalam peranan serangan sasaran darat, khususnya dalam memberikan serangan bantuan rapat.
Namun demikian, di kalangan anggota tentera dan juruterbangnya, pesawat ini dipanggil Warthog ataupun Hog sahaja. Kerangka yang sama digunakan untuk pesawat OA-10 bila digunakan untuk peranan kawalan udara hadapan.
Latar Belakang
Pesawat A-10 dibangunkan untuk mengatasi masalah kerentanan pesawat-pesawat yang menjalankan serangan bantuan rapat semasa serangan dilakukan oleh pasukan pertahanan darat yang menggunakan senjata terdiri dari artileri anti udara dan tembakan oleh peluru dari pelbagai kaliber dan juga peluru berpandu permukaan ke udara semasa Perang Vietnam. Jumlah kehilangan pesawat semasa menjalankan serangan bantuan rapat di dalam Perang Vietnam amat tinggi. Perang tersebut menonjolkan peranan yang dimainkan oleh pesawat A1 Skyraider yang berupaya berlegar ataupun loiter untuk jangka masa yang lama sambil membawa persenjataan yang berat.
Kelasakan pesawat A-10 Thunderbolt terbukti apabila pesawat yang dipandu Kim Campbell berjaya pulang dengan selamat ke pangkalan walaupun mengalami kerosakan teruk semasa menyerang kota Baghdad.
Spesifikasi (A-10A)
Menembak dengan menggunakan meriam GAU-8 Avenger yang berkaliber 30 mm.Meriam Gatling GAU-8
Data dari The Great Book of Modern Warplanes,[3] Fairchild-Republic A/OA-10[4]
Titik beban: 11 (8× di bawah sayap dan 3× pada stesen pilon di bawah fiuslaj) dengan 16,000 lb (7,260 kg) muatan,dengan peruntukan untuk membawa gabungan:
Roket:
4× pod roket LAU-61/LAU-68 (setiap satunya dengan 19× / 7× roket Hydra 70)
4× pod roket LAU-5003 (setiap satunya dengan 19× roket CRV7 70 mm)
6× pod roket LAU-10 (setiap satunya dengan 4× 127 mm (5.0 in) roket Zuni)