A. Rahman Hassan
Dato' Abdul Rahman bin Hassan (30 Julai 1946 – 13 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai penyanyi era 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anuegrah Kecapi Papuita 2006. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Azizah binti Mohamad yang juga merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana. Selepas isteri pertama beliau meninggal dunia, pada 26 April 2013, beliau telah bernikah dengan dramatis Datin Fadilah Mansor pada 25 Disember 2014.[1] KematianDatuk A. Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun 2019 di usia 72 tahun akibat komplikasi paru-paru. Beliau sebelum ini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang akibat pendarahan otak dan angin ahmar dan dikejarkan ke hospital pada 1 Jun akibat sesak nafas.[2] Menurut Khir Rahman, jenazah bapanya dibuka untuk tengok muka. Dan akhir sekali, akan dibawa ke kediaman keluarga tersebut di Taman Sri Ukay sebelum dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Taman Keramat.[3] DiskografiLagu-laguAntara lagu-lagunya adalah:-
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luarInformation related to A. Rahman Hassan |
Portal di Ensiklopedia Dunia