Harimau Muda ATidak boleh dikelirukan dengan yang pasukan Harimau Muda asal, Harimau Muda dan pasukan Harimau Muda "B", Harimau Muda B
Harimau Muda A adalah nama bagi Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 22 tahun mewakili Malaysia di pertandingan bola sepak antarabangsa seperti Kejohanan Remaja B-23 AFC, Piala Juara-Juara Remaja begitu juga dengan pertandingan bola sepak bawah-23 antarabangsa. Ia diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Skuad ini adalah pasukan penghantar Malaysia B-23 dan pasukan bola sepak kebangsaan senior. Usia para pemain A di antara 19 hingga 22 manakala Harimau Muda B adalah untuk pemain bawah-19. Harimau Muda A kini bermain di S. League 2012. Pasukan ini ditujukan untuk membangunkan pemain remaja Malaysia dan tidak akan merekrut warga lain di dalam skuad. FormasiPada Oktober 19, 2007 FAM telah memutuskan untuk memasukkan Malaysia B-21 sebagai salah satu pasukan di dalam Liga Perdana Malaysia 2007–08 dan dikenali sebagai Harimau Muda (Young Tigers).[1] Disebabkan oleh tugas-tugas antarabangsa, Malaysia B-21 diperlukan untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010. Di dalam pertandingan tempatan, mereka melibatkan diri di dalam Liga Perdana dan Piala FA. Harimau Muda telah dipecahkan kepada 2 pasukan pada Julai 2009, Harimau Muda A dan Harimau Muda B. Harimau Muda B telah dihantar ke Zibo, China untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010 dan Harimau Muda A juga akan terlibat di dalam Liga Perdana dan Piala FA. Semasa musim 2010, Harimau Muda A pergi ke pusat latihan di Zlaté Moravce, Slovakia selama 8 bulan manakala Harimau Muda B melibatkan diri di dalam Liga Perdana Malaysia 2010. Selepas latihan di Slovakia, Harimau Muda A menyertai Liga Super Malaysia 2011 menggantikan KL PLUS FC dan Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia. Harimau Muda A menghabiskan di tempat ke-5 manakala Harimau Muda B bermain dengan teruk di musim ini dengan berada di dalam kedudukan tiga terbawah. Walaupun begitu, beliau berjaya mengelakkan daripada tersingkir dan akan terus bermain di Liga Perdana Malaysia. Pada musim 2012, Harimau Muda A berganti tempat dengan Young Lions dari Singapura, yang sepatutnya terdiri daripada pasukan kebangsaan Singapura bawah-23. Young Lions akan menggantikan Harimau Muda A di dalam Liga Super manakala Harimau Muda A akan menggantikan Young Lions di dalam S.League.[2] Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia Bagi musim S.League 2012, Harimau Muda A akan terus menggunakan pusat latihan dan ibu pejabat di Wisma FAM, Kelana Jaya seperti kebiasaannya, bagaimanapun bagi perlawanan liga, Harimau Muda A akan berpengkalan di Stadium Yishun di Yishun, Singapura.[3] Seperti pasukan lain yang terlibat di dalam musim 2012, Harimau Muda A akan ditaja oleh Yeo's H-TWO-O Original. Logo itu akan dicetak di belakang kit tuan rumah dan tempat lawan bagi Harimau Muda A. Rekod pertandingan
Rekod AntarabangsaKejohanan Jemputan
Keputusan terkiniMenang Seri Kalah * Jaringan Malaysia biasanya disenaraikan lebih dahulu
SkuadSkuad Untuk Liga Singapura 2015
Sumber:[4] Untuk pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015 Perpindahan 2015Perpindahan (Masuk)Perpindahan (Keluar)Bagi pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015 Kakitangan kejurulatihan
Jurulatih
Anugerah dan Piala
Jemputan
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Information related to Harimau Muda A |
Portal di Ensiklopedia Dunia