Malaysiakini
Malaysiakini merupakan media internet empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain.[1] Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun dan menerima ranking laman web ke-13 popular di Malaysia oleh Alexa.[2][3] Pada 2013, syarikat induk Malaysiakini melancarkan dua tapak sesawang - portal perniagaan KiniBiz[4] dan tapak berita TV internet KiniTV.[5] Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.[6][7][8][9] Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.[10][11][12][13][14][15][16] SejarahAkhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation di Bangkok, Thailand. Gan menggunakan kesempatan inisiatif Koridor Raya Multimedia untuk menghasilkan sebuah medium bagi tujuan kewartawanan tanpa halangan atau penapisan.[17] Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk "The Daily Diet - It's free, fast and true." Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi laman web itu. Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999. Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur.[18] Kemudian, Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999, pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya. Antara laporan terawal ialah laporan pemalsuan kandungan berita dalam akhbar utama Cina Malaysia, Sin Chew Daily berkenaan Anwar yang baru ditahan atas kesalahan korupsi. Menurut BBC News, Malaysiakini dikatakan teleh menyebabkan Sin Chew Daily memperoleh imej yang buruk secara global, dan pihak akhbar itu kemudian memohon maaf secara terbuka.[19] 2010-anBermula 24 Jun 2010, buku-buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn telah dilarang daripada dipamerkan. Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun, kedua-duanya karya Zunar dikatakan tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pada 27 Julai, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.[20] 2020-anPada Oktober 2021, Malaysiakini berperanan sebagai anggota media tunggal dari Malaysia yang bekerjasama dalam pendedahan Pandora Papers, sebuah pembongkaran kumpulan dokumen jenayah-jenayah kewangan elit global yang diketuai Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa, ICIJ.[21] Dalam laporannya, pihak Malaysiakini mendedahkan pengurusan kewangan mencurigakan oleh golongan ahli politik Malaysia, termasuk Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kewangan Daim Zainuddin dan Zafrul bin Abdul Aziz, dan ahli-ahli Dewan Rakyat serta Jho Low, dalang utama Skandal 1Malaysia Development Berhad.[22][23] Saman oleh Mahkamah PersekutuanPada 19 Februari 2021, pihak Malaysiakini didapati bersalah atas menghina Mahkamah Persekutuan Malaysia atas lima komen pengguna yang disiarkan di satu laman artikel yang didakwa oleh Peguam Negara Malaysia sebagai menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap badan kehakiman negara dengan majoriti 6 ke 1, menyebabkan laman web berita itu didenda sebanyak RM500,000.[24] Bagaimanapun, ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan tidak didapati bersalah atas kesalahan itu. Hal ini menyebabkan pihak Malaysiakini meminta derma orang ramai untuk membayar denda, dan menerima sumbangan melebihi jumlah denda dalam jangka masa kira-kira empat jam.[25] Parti Tindakan Demokratik, DAP sebagai contoh memberi sumbangan sebanyak RM70,000 terhadap Malaysiakini melalui sumbangan oleh wakil-wakil DAP.[26] Tindakan ini dilihat oleh beberapa pihak seperti pihak parti pembangkang,[27] badan-badan hak asasi manusia antarabangsa[28] dan para diplomat negara luar[29] sebagai suatu tamparan kepada kebebasan hak bersuara di Malaysia. Pihak Mahkamah Persekutuan pula berkata bahawa mereka sedar bahawa tindakan mereka akan diperhatikan dan dinilai secara sebegitu oleh badan-badan luar, dan menasihati rakyat negara agar menjaga batasan dalam mempraktikkan kebebasan bersuara berdasarkan perundangan negara.[30] AnugerahPada 24 Mac 2010, Steven Gan dari Malaysiakini menerima anugerah Jenama Putra (gangsa) daripada Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia .Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Mahathir Hotel Mandarin-Oriental. Penerima lain ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas). Anugerah itu berdasarkan soal selidik terhadap 6000 respon online dalam 18 kategori. Presiden 4As, Vincent Lee menyatakan pemilihan itu dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).[31] Kritikan politik![]() Malaysiakini dikritik oleh kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya kerana ia didakwa menyampaikan berita propembangkang atau pro-Pakatan Rakyat kerana menyampaikan berita yang kritikal terhadap kerajaan semasa. Namun begitu, selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berita dan surat pro-BN dan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat turut disiarkan. Lihat jugaRujukan
Sastera
Pautan luarInformation related to Malaysiakini |
Portal di Ensiklopedia Dunia