A. Rahim
Abdul Rahim Abu atau lebih dikenali sebagai A. Rahim (19 Mei 1930 – 20 April 1992), ialah seorang pelakon dan pengarah Malaysia. KerjayaMemulakan kerjaya hiburannya di layar lebar semasa zaman kegemilangan perfileman Tanah Melayu, beliau terkenal dengan peranan antagonis di dalam filem-filem terbitan Malay Film Productions sehingga menerima jolokan Rahim Debuk.[1][2][3] Beliau banyak berlakon dalam produksi Malay Film Productions dan juga berlakon filem Cathay-Keris Film Productions (Rumah Itu Dunia Aku dan Chuchu Datok Merah). Rata-ratanya banyak watak antagonis yang dipegangnya - cuma tiga kali berlakon watak baik misalnya dalam filem Isi Neraka, Ibu Mertua-ku dan Anak Buloh Betong serta watak lawak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok apabila beliau memegang watak sebagai Momotaro-san, salah seorang daripada 40 orang penyamun yang berketurunan Jepun-Muslim dan dari situlah nama beliau mula dikenali. Selain berlakon, beliau juga merupakan pakar seni bela diri dan turut menjadi tenaga pengajar untuk babak pergaduhan kepada beberapa pelakon, sebaris dengan seniman Salleh Kamil dan S. Kadarisman. Salah satunya ialah pencak Silat Kuntau Tekpi dan berkemahiran bermain pisau Tekpi dimana beliau mendapat didikan dari guru Zainal Abidin Baling. Pencak yang sama turut dipelajari bekas birasnya, P. Ramlee untuk berlakon dalam filem 6 Jahanam. Selepas malapnya era filem Melayu di Singapura, beliau pulang semula ke Malaysia dan terus berlakon beberapa filem lagi, seperti Pendekar, Tiada Esok Bagimu, Esok Masih Ada, Bukit Kepong dan lain-lain. Selain itu, beliau juga aktif berlakon dalam drama-drama terbitan RTM. Kehidupan peribadiBeliau dilahirkan sebagai Abdul Rahim bin Abu pada 19 Mei 1930 di Kuala Kangsar, Perak dan merupakan bekas biras P. Ramlee kerana beliau pernah berkahwin dengan Junainah (adik Junaidah isteri pertama P. Ramlee).[4] KematianBeliau meninggal dunia pada hari Isnin, 20 April 1992 dalam van miliknya di perkarangan Studio Merdeka, akibat sakit jantung pada usia 62 tahun.[5] Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura dan ia merupakan permintaan terakhirnya.[6][7] Dua hari sebelum sebelum kematiannya, beliau dilaporkan sempat bergurau dengan memberitahu penerbit JD Production, Julie Dahlan bahawa filemnya Kanang Anak Langkau mungkin tidak sempat ditontonnya.[8] FilemografiFilem
Rujukan
Pautan luarInformation related to A. Rahim |
Portal di Ensiklopedia Dunia